Home » , » Exxon International - Esso Malaysia - San Miguel ...Hu hu hu.....?

Exxon International - Esso Malaysia - San Miguel ...Hu hu hu.....?

Salam
Saham ESSO Malaysia Bhd telah dijual kepada sebuah syarikat Filipina, San Miguel Corp pada harga RM614.25 juta atau RM3.50 sesaham, 29% lebih rendah berbanding harga semasa sesi akhir dagangan di Bursa Malaysia (RM4.95 sesaham). San Miguel Corp sekaligus memegang 65% ekuiti dalam ESSO Malaysia Bhd hasil daripada urus niaga berkenaan.

Kenapa dijual kepada syarikat yang berpejabat di Filipina itu?

PERSOALANNYA :
Memanglah syarikat Exxon mempunyai hak kepada siapa ia hendak menjual saham-sahamnya tetapi pasti ada syarat-syarat atau terma yang memerlukan syarikat itu memberi tawaran kepada syarikat tempatan terlebih dahulu. Kenapa tidak mahu jual Esso kepada syarikat tempatan, Boustead Holdings Berhad yang dimiliki oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang turut menyatakan minat untuk membelinya. Difahamkan, sebelum ini Boustead Holdings Berhad yang dimiliki oleh LTAT dikaitkan untuk membeli ekuiti Esso Malaysia dengan tawaran keseluruhan RM1 bilion. Kalau mengikutkan adat pelaburan jika penjualan kepentingan Exxon dalam Esso Malaysia itu diberikan kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), seluruh bekas anggota tentera yang menjadi ahli tabung itu akan menikmati hasilnya. (LTAT) juga sudah mempunyai pengalaman dalam operasi peruncitan minyak kerana sudah memiliki rangkaian stesen minyak BHPetrol (BHP). Menjual saham-saham kepada sebuah syarikat asing akan hanya mengakibatkan pengaliran keluar dana. Kenapakah PM kita Najib dan kerajaan yang memerintah tidak melakukan apa-apa bagi menghalang penjualan kepentingan negara kepada syarikat luar sedangkan ada syarikat tempatan yang berminat dan berkemampuan untuk mendapatkannya ? 

Kita kenali apa itu Syarikat San Miguel Corp dan siapa pemiliknya.

San Miguel Corp, sebuah konglomerat dalam industri makanan dan minuman terbesar di Filipina dan memegang 95% daripada pasaran bir Filipina. Anak Mahathir, Mirzan Mahathir merupakan salah seorang pemilik saham di dalam San Miguel Corp. Walaupun telah meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah San Miguel Corp pada April 2010,  beliau masih merupakan pengarah Petron Corp, sebuah syarikat sekutu San Miguel Corp, yang mempunyai jaringan dalam penapisan dan penjualan petrol di Filipina. Bila syarikat San Miguel memiliki perniagaan itu maka yang mendapat untungnya ialah anak mantan PM itu. Apakah ini dinamakan kronisme ?

Kenapakah PM kita Najib dan kerajaan yang memerintah tidak melakukan apa-apa bagi menghalang penjualan kepentingan negara kepada syarikat luar sedangkan ada syarikat tempatan yang berminat dan berkemampuan untuk mendapatkannya ?
Hu hu hu yang ni kita kena tanya Najib dan barisan pencacainya yang memerintah. Mungkin juga ada suara dari barisan pencacainya tapi rasanya hanya sekadar suara-suara sayup yang kedengaran dengar tak didengari sahaja. Ibarat bercakap dengan dinding.

Apakah Najib berbuat sesuatu ?
Rasanya tak kot. Mungkin juga Najib teringat apa yang pernah menimpa ke atas Anwar Ibrahim kira-kira 15 tahun lalu. Disebabkan Anwar tidak bersetuju dengan cadangan supaya Petronas "membeli bayar" syarikat salah seorang anak mantan PM yang mengalami kerugian, maka Anwar menerima padah sehingga ke hari ini. Cuba kalau Najib bersuara menghalang penjualan kepentingan Esso Malaysia kepada San Minguel itu sudah tentu Mahathir akan menjerkahnya. Kini pun dah mula suara-suara menjerkah Najib dari dalam Umno sendiri. Orang yang paling gembira mendengar dan melihat perkara ini tentulah Muhyiddin Yassin dan paling teramat seronok, Abdullah Badawi, kerana hukum karma semakin hampir buat Najib.

Hu Hu HU hu hu....satu lagi aset berharga negara yang sepatutnya diberikan kepada syarikat tempatan terlepas begitu saja.........ibarat Kera dihutan disusukan, anak sendiri kat rumah mati kelaparan....YG UNTUNG HANYA MEREKA DAN KELUARGA MEREKA......hu hu hu....



Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger