Salam
Himpunan Aman Bersih 2.0 yang berlaku pada 9 Julai 2011 terus menjadi topik propaganda yang dimainkan oleh sesetengah pihak. Kali ini dikaitkan pula dengan rusuhan yang berlaku di kota London kononnya Polis London gagal untuk bertindak untuk mengambil langkah pencegahan awal. Dan dengan memberikan gambaran bahawa tindakan tidak mengeluarkan permit untuk himpunan aman bersih adalah wajar. Lebih bersifat statement kepentingan kononya untuk menghalalkan cara bagi menghalang hak rakyat Malaysia untuk bersuara. Mengambil contoh himpunan Bersih 1.0 dan Bersih 2.0 rasanya adalah tidak bijak menyamakan himpunan aman dengan rusuhan.
Ok kita fahamkan pula apa sebenarnya yang berlaku di Kota London. Soalnya, sedarkah kita bahawa peristiwa yang membawa kepada rusuhan tersebut adalah bermula dari pembunuhan kejam oleh Polis UK ke atas seorang bapa kepada 4 orang anak bernama Mark Duggan.
Harian Daily Telegraph melaporkan bahawa Mark Duggan ditembak dari jarak dekat dengan satu das termbakan yang terus membunuhnya. Mark Duggan meninggalkan empat orang anak dibunuh secara kejam di Totenham oleh seorang pegawai polis dari Scotland Yard.
Kesah pembunuhan kejam ke atas Mark Duggan ini boleh dibaca di sini.
Harian Daily Telegraph melaporkan bahawa Mark Duggan ditembak dari jarak dekat dengan satu das termbakan yang terus membunuhnya. Mark Duggan meninggalkan empat orang anak dibunuh secara kejam di Totenham oleh seorang pegawai polis dari Scotland Yard.
Kesah pembunuhan kejam ke atas Mark Duggan ini boleh dibaca di sini.
Memang tidak dinafikan tindakan pencegahan awal memang boleh membendung perkara-perkara seperti ini daripada berlaku. Tetapi mengambil contoh atau membandingkannya adalah tidak wajar sama sekali. Jika situasi yang berlaku semasa perhimpunan bersihlah dijadikan perbandingan apa yang akan kita saksikan hanyalah tindakan keras pihak
Polis kepada peserta himpunan bersih sahaja.
Peserta himpunan besih dihidangkan dengan semburan air kimia dari water cannon begitu juga tembakan gas pemedih mata sehingga melibatkan kecederaan. Juga terdapat kematian berlaku kepada peserta bersih. Tapi aku x kaitkan perkara kematian ni ke atas sesiapa kerana perkara tersebut sudah pun berlaku dan biarlah pihak-pihak yang terlibat sahaja yang mengulas tentang isu itu.
Dua persoalan yang perlu dijawab....
Adakah pihak-pihak tertentu merasakan tindakan2 zalim oleh Polis dapat menghalang rusuhan dari berlaku?
Adakah dengan kezaliman keamanan boleh dijamin?
Kalau benar, sudah tentulah rusuhan London itu tidak berlaku kerana pihak polis UK itu jelas telah bertindak zalim ke atas Mark Duggan.
Kalau benar, sudah tentulah rusuhan London itu tidak berlaku kerana pihak polis UK itu jelas telah bertindak zalim ke atas Mark Duggan.
Kesimpulannya dekat sini janganlah jika tangan sendiri yang berkudis tangan orang lain pulak yang nak dipotong. Emuniti tidak memberi hak supaya sewenang-wenangnya membuat undang-undang sendiri. Sebagai penguat kuasa undang-undang kenalah menguatkuasakan undang-undang negara dan tidak memihak kepada sesiapa pun.