Home » , » Hantu-hantu UMngok berkeliaran di FB

Hantu-hantu UMngok berkeliaran di FB


Salam
Pandangan dari seorang sahabat untuk sahabat,

Hanya sekadar pandangan @ pemberitahuan buat semua facebooker-facebooker PR yang bahawasenya terdapat banyak hantu-hantu facebooker Umngok yang berkeliaran di group-group pro PR di facebook. Tujuannya hanyalah untuk menganggu-gugat sesebuah group dari membicara dan membincangkan sesuatu isu.

Teknik dan cara yang biasa digunakan adalah memainkan isu-isu lapuk agar isu-isu baru (isu semasa) tidak terlalu dibahaskan. Menggunakan cara makian dan provoke bagi mewujudkan rasa tidak senang di kalangan ahli-ahli group seterusnya menjadikan medan untuk berbincang bertukar menjadi medan memaki-hamun . Jika kita terpengaruh dengan cara provoke dan makian kita akan terikut-ikut dengan rentak dan permainan hantu-hantu tersebut dan juga dikenali sebagai Unit Media Baru. Mereka ini juga boleh dikenali dengan lambang-lambang (pic badge) yang digunakan.......cthnya TMX tetapi mereka juga ada menggunakan cara yang lain seperti mempunyai acc FB yang menggunakan lambang-lambang (pic badge) pro PR.

Cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan terus memberikan penerangan bagi menyampaikan segala maklumat yang betul terutamanya kepada ahli yang berada diatas pagar. Seboleh-bolehnya setiap makian, fitnah dan cercaan dibalas dengan kata-kata nasihat dan penerangan. Selebihnya pihak admin sesuatu grouplah yang menentukan apa-apa tindakan demi untuk kebaikan kepada group tersebut. Jika berjaya menarik @ menukar mentaliti ahli umno tegar @ umno baka itu adalah merupakan satu bonus kepada perjuangan tetapi jika dapat menarik @ menukar mentaliti pengundi diatas pagar itu adalah satu kejayaan.

Sesungguhnya Facebook, tweet dan blog adalah merupakan platform yang paling berkesan dalam era politik moden ini. Jadi gunakanlah peluang ini sebaik-baik mungkin memandangkan media utama masih lagi dimonopoli oleh sesuatu pihak.

Salam Perjuangan.
YANG BENAR KITA TEGAKKAN, YANG BATIL KITA HANCURKAN 

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger