Home » , » Bersih 3.0.....Mungkinkah ?

Bersih 3.0.....Mungkinkah ?


Salam
Selepas himpunan Bersih 2.0 berbagai-bagai siri-siri dialog, perjumpaan dan pengumuman di buat oleh pihak-pihak yang terlibat namun sehingga kini tidak nampak tanda-tanda kekusutan ini akan tamat. Antara 8 tuntutan Bersih 2.0 menuntut supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Salah satu pengumuman yang dibuat adalah tentang penggunaan sistem biometrik dan menolak tuntutan yang ingin dakwat kekal diguna. Bermacam-macam penerangan diberikan baik dari segi kebaikan penggunaan sistem biometrik ini kononnya SPR serius dalam menrealisasikan penambahbaikan dalam sistem pilihanraya di Malaysia. Kita renung kembali peristiwa yang berlaku sebelum PRU12 dimana pada masa itu kononnya tuntutan Bersih 1 telah dipersetujui iaitu penggunaan dakwat kekal di jari. Kesungguhan ditunjukkan oleh Kerajaan @ SPR (tak tahulah mana satu) untuk menggunakan dakwat kekal sehinggakan dakwat kekal yang biasanya digunakan untuk pengundian telah pun dibeli. Tapi menjelang seminggu sebelum pilihanraya dilangsungkan secara tiba-tiba persetujuan penggunaan dakwat kekal dibatalkan. Kononnya atas alasan keselamatan tetapi sehingga kini tak terbukti atau berasas sama sekali apa yang diperkatakan itu.

Terkini perkara tersebut sepertinya dilihat akan berulang lagi. Cuma kali ini skripnya agak berbeza sikit. Diakhir nanti keputusannya akan tetap sama. Memperkenalkan sistem biometrik iaitu satu sistem baru yang belum pernah digunakan oleh SPR sebelum ini. Aku tak nak bandingkanlah soal mana yang baik diantara penggunaan dakwat kekal @ sistem biometrik tetapi apa yang akan aku persoalkan adalah kesungguhan kerajaan @ SPR menggunakannya @ merealisasikan penggunaannya pada PRU13 nanti. Banyak perkara perlu dilakukan sebelum kita boleh menggunakan sesuatu sistem yang baru. Bukan hanya setakat kesanggupan kerajaan untuk menampung kos pembelian alat biometrik sahaja tetapi perlukan satu kajian yang menyeluruh bagi memastikan sistem itu tidak membawa masalah pada hari pengundian nanti. Perkara ini tentu-tentunya tidak akan berlaku untuk PRU13 nanti samalah seperti yang berlaku sebelum ini. Ini diikuti oleh pengumuman PM yang meluluskan penggunaan sistem biometrik tetapi dalam sinis menyatakan yang dia sendiri tidak pasti bahawasenya sistem biometrik ini akan digunakan pada PRU13. Persoalannya KENAPA TAK GUNAKAN SAHAJA DAKWAT KEKAL YANG DAH DIBELI ITU ? APAKAH AGENDA DISEBALIK SISTEM BIOMETRIK NI ?

Kemudian diikuti pula dengan pengumuman penubuhan PSC (PARLIAMENT SELECTIVE COMMITTEE) @ Jawatan kuasa khas parlimen yang dicadangkan oleh PM. Tetapi sekali lagi dengan secara sinisnya mengeluarkan kenyataan yang menurut perdana menteri, pilih raya umum akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa mengenai penambahbaikan pilihan raya itu. OMG......seperti yang telah aku jangkakan segala pengumuman itu masih lagi bersifat retorik semata-mata. Jadi bolehlah dikatakan yang penubuhan PSC ini adalah sekadar satu alasan untuk lari dari persoalan asas iaitu PENAMBAHBAIKAN SISTEM PILIHANRAYA.

Melihat daripada situasi semasa yang berlaku aku tidak akan terperanjat sekiranya BERSIH 3.0 pula digerakkan. Kerajaan nampaknya tidak ikhlas untuk menyelesaikan perkara ini. Bermacam-macam alasan yang diberikan tetapi tidak nampak kerajaan bersungguh-sungguh untuk melakukan perubahan. Tak pelah kita tunggu dan lihat sahaja apakah pengumuman seterusnya baik dari pihak SPR/Kerajaan @ pihak BERSIH. 
 
"THE TIME IS ALWAYS RIGHT TO DO WHAT IS RIGHT"

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger