Home » , » Anak Malaysia, Anak Jepun dan Anak British...Hu hu hu

Anak Malaysia, Anak Jepun dan Anak British...Hu hu hu

 
Salam
Hari ini adalah hari ke-2 kita menyambut Hari Raya tapi kali ini agak special sikitlah sebab kena dengan hari kemerdekaan kita yang ke-54 tahun. Sebenarnya aku tak de masa nak duduk depan komputer untuk menulis maklumlah banyak tempat untuk dilawati....yang hidup pun kena lawat dan yang mati pun kena lawat (pegi kuburlah). Tapi aku ambil juga masa sekejap untuk menulis sesuatu.

Perkara yang aku ingin tulis ini adalah perkara yang secara tiba-tiba terfikir di dalam kepala...Yelah dua hari ni banyak menjelajah masuk ke kampung-kampung....Jadi setiap kampung yang aku masuk terdapat berbagai-bagai cara sambutannya. Kan merdeka untuk tahun ini jatuh pada hari raya kedua. Jadi kita akan sambut 2 sambutan dalam 2 hari.

Sepanjang perjalanan yang aku tempoh....masuk lebuhraya...bayar tol....melihat banyaknya kenderaan dijalanraya terlintas aku tentang satu perkara....benda ini aku anggapkan sebagai suka-suka aje.....tapi kalau difikirkan....itulah kebenarannya...... Sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Menyambut Hari kemerdekaan yang ke 54 tahun....Hu hu hu

Anak Malaysia
1. Jenis kenderaan yang banyak kita mampu pakai adalah Waja, Wira, kelisa, Myvi, kancil (proton & produa)
2. Gaji minimum kita di kerajaan adalah RM900 dan diswasta RM450.
3. Harga barangan dan harga minyak jika dibandingkan dengan pendapatan adalah tidak sesuai. (belum lagi jadi negara maju tapi kos hidup dah macam negara maju)
4. Kita kena kerja lebih dari 5 hari seminggu, aku ambil cthnya cikgu...isnin sampai jumaat..jangan lupa hari sabtu pun ada kerja juga, 12 jam sehari. (Pekerja Swasta) ..ini tak payah ragulah....lebih dari tu pun ada.
5. Team Bolasepak kita hanya layak juara SUKAN SEA je dan ranking 152 dunia.(tak pastilah samaada dah meningkat sikit tapi still jauh lagilah)
6. Kita hanya pernah ke Oversea (Pangkor, Redang, Pulau Pinang dll Singapore, Thailand itu pun sebab sebelah je..........memanglah ada yang pernah dan selalu ke oversea tapi cuba tanya rakyat keseluruhan ade ke dia orang pernah pegi berjalan-jalan habiskan duit macam tu aje)...
7. Perdana Menteri hanya 6 orang sejak 50 tahun merdeka dan hanya dari satu Parti sahaja.
8. Kebanyakan kita bila berumur 55 tahun, kita terpaksa retire dari satu kerja dan berhijrah ke kerja lain.
9. Kita kena bayar TOL setiap hari dan jumlah Lebuhraya baru sentiasa bertambah padahal kita bayar cukai jalan tu.
10. Kita hidup dengan aman dan damai setiap hari tanpa sebarang halangan.

Anak Jepun
1. Kereta yang kebanyakan kita mampu pakai hanyalah HONDA, TOYOTA, Mitsubishi, Nissan, Suzuki dan isuzu.....kita akan ketawakan orang yang pakai kereta Hyundai dan Peugeot.
2. Gaji minimum kita di kerajaan ialah Juta2 Yen dan di swasta pun Juta2 yen juga...sudah pastilah lebih banyak kalau nak dibezakan sebab dia orang negara Maju.
3. Tak kisah pun nak kisahkan harga minyak sebab pengangkutan awam kita adalah antara yang terbaik didunia.
4. Kita kena kerja 5 hari je seminggu, 8 jam sehari (pekerja swasta). Biasalah negara maju.
5. Team bolasepak kita biasa layak ke world cup. Setakat piala Asia tu dah biasa sangat..Bangga sangatlah.
6. Kita biasalah pegi ke oversea, around the world dan semua orang bila jumpa kita mesti nak cuba cakap bahasa Jepun walaupun kita kat negara lain...hu hu hu
7. Perdana Menteri dah banyak dah, parti politik yang memerintah pun dah banyak....selalu je tukar-tukar, tapi raja tetap satu....tak pernah tukar pun.
8. Kebanyakan bila berumur 55 tahun, akan keluar berjalan-jalan makan angin ke negara lain...duit banyak nak habiskan....
9. Tol..??? Apa itu Tol..?  Nak buat apa bayar jalanraya.....?
10. Kita hidup aman damai setiap hari tanpa sebarang halangan.

Anak British
1. Mampu je pakai apa kereta sebab semua kereta harganya murah....kalau scrap pun ada orang nak beli
2. Gaji dapat Pound sterling....POUND STERLING beb....
3. Pengangkutan awam banyak dan antara yang terbaik.....subsidi kerajaan pun banyak....kalau masuk hospital dahlah free...kalau x de duit untuk tambang balik pun disediakan.(selepas discharge dari hospital)
4. Kerja hanya 5 hari je seminggu, 8 jam sehari (pekerja Swasta) biasalah negara maju.
5. Bolasepak...tak payah nak ceritalah...syarikat negara-negara lain berlumba-lumba nak sponsor, banyak orang negara lain pakai jersi kebangsaan, kelab dan sanggup bersekang mata nak tengok game yang dimainkan..World Cup x payah cakaplah ....dah pernah menang.
6. Pergi oversea...toksah cakaplah dari zaman dulu lagi dah pusing dunia.....sekarang ni banyak pulak orang yang datang kesini...Tak taulah....best kot
7. Perdana Menteri...Banyak dah bertukar...Parti politik pun sama .....Queen ada satu je...
8. Kebanyakan selepas 55 tahun ....macam biasalah jalan-jalan melancong....pegi tengok bola....jauh-jauh pun pegi. 
9. Tol..??? Apa itu Tol..?  Nak buat apa bayar jalanraya.....?
10. Kita hidup aman damai setiap hari tanpa sebarang halangan.

Apa yang tulis diatas adalah pandangan aku dari mata kasar je....mungkin betul...mungkin juga tak....sebab aku dah tak de benda nak tulis.....anggaplah ini sebagai bahan bacaan je.....fikir-fikirkanlah....... gambar kat bawah inilah menu terbaik yang aku jumpa sepanjang aku beraya semalam kat rumah ni dia siap sediakan lemang jagung sekali tapi menu dia yang terbaik gambar bawah ni.....susah nak jumpa...bukan semua rumah menyediakan ni....memang power.....Hu hu hu.....

Ikan Keli masak Tauchu
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger