Home » , » Azmil Mustapa a.k.a Ali Setan akan dikenakan tindakan....?

Azmil Mustapa a.k.a Ali Setan akan dikenakan tindakan....?

Salam
Hu hu hu sedih sungguh melihat apa yang berlaku...Pendakwah pun nak dikenakan tindakan...yang terang-terang hina agama dan yang nak jadi kapir tak dibuat apa-apa. Pantas sungguh bertindak. Teringat aku dulu ada satu artis yang hina isteri nabi....sampai sekarang tak de apa-apa pun...yang sampai menghina agama pun masih ada lagi sampai ke hari ni tapi semuanya di senyapkan dan di lepaskan begitu saja. Hu hu hu.... berikut adalah petikan yang aku petik dari Sinar Harian.

Polis akan ambil tindakan terhadap Azmil Mustafa

SHAH ALAM – Polis akan mengambil tindakan terhadap seorang pelakon yang kini menjadi pendakwah bebas, Azmil Mustafa, didakwa mengkafirkan kerajaan dan sistem diguna pakai ketika menyampaikan tazkirah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, Petaling Jaya, 19 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada Azmil Rabu lalu dan dia disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai tindakan yang akan dikenakan terhadap Azmil.

“Saya tidak boleh beritahu tindakan yang akan kita ambil selepas ini. Sampai masanya, kita akan ambil tindakan ikut undang-undang sedia ada,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sebelum ini, akhbar melaporkan, Azmil didakwa mengkafirkan kerajaan dan mengecam sistem pemerintahan sekarang dalam satu ceramah di hadapan 300 jemaah.

Bertuah sungguh Azmil Mustafa kerana mendapat hidayah dari Allah SWT...teruskan perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah SWT di bumi Malaysia ini dan sama2 kita berusaha memberi kesedaran kepada juak2 umno bn yang buta kayu tentang islam ....yang masih menggunakan kepala lutut untuk berfikir...... Sebabnya apa yang dinyatakan oleh Azmil Mustafa itu adalah mengikut syariah islam.

Taat kita hanya kepada Allah dan kalau untuk pemimpin pun mestilah pemimpin yg bersandarkan hukum Allah..Azmil tidak keseorangan dalam menyebarkan dakwah dan menyedarkan golongan yang angkuh dan sombong ini...mungkin mereka merasa hebat kerana dah terlalu lama berkuasa...Tahniah Azmil......BERANI KERANA BENAR....zaman dulu pun ramai alim ulamak yang kena bunuh, ditangkap kerana berkata benar....

“Setiap kenyataan yang saya keluarkan disertakan dengan hadis dan semua yang dibangkitkan itu terkandung dalam al-Quran. Malah, saya dibenarkan JAIS untuk mengadakan ceramah sepanjang Ramadan,”.........AZMIL MUSTAPA

P/S : Namawee, Ayah Pin, Mahathir Mohamad dan ramai lagi yang lain - semua belum kena apa2 pun.........Hu hu hu





Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger