Home » , » Sambutan 4 Tahun Pakatan Rakyat Perak - 17 Mac Dalam Ingatan

Sambutan 4 Tahun Pakatan Rakyat Perak - 17 Mac Dalam Ingatan


9 Mac 2008: Gabungan parti PAS, PKR dan DAP (Pakatan Rakyat) membentuk kerajaan negeri Perak selepas memenangi 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Barisan Nasional (BN) memenangi 28 kerusi pada pilihan raya umum ke-12.

17 Mac 2008: ADUN kawasan Pasir Panjang dari Pas Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.

Program yang diberi nama '17 Mac dalam Ingatan' ini diadakan sempena hari mengangkat sumpah Menteri Besar Perak yang ke-10 bersama barisan Exco pada 17 Mac 2008. Program ini bertujuan untuk memperingati dan mengingatkan rakyat tentang detik hitam di Perak apabila kerajaan yang dipilih oleh rakyat telah dirampas dengan cara yang kotor pada 16 Februari selepas 11 bulan Pakatan Rakyat memerintah.

Dibarisi oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dan tetamu jemputan termasuklah kartunis Zunar, aktivis serta blogger Hishamuddin Rais dan ramai lagi. Program berbentuk santai dan tidak sarat dengan politik ini turut dimeriahkan dengan persembahan koir, sajak, dan nyanyian dari kalangan pelbagai kaum.

Gambar-gambar sekitar SAMBUTAN 4 TAHUN PAKATAN RAKYAT PERAK-17 MAC DALAM INGATAN






 




 





 





 KEMBALIKAN PERAK KEPADA RAKYAT



p/s : Ada berbual dengan seorang berbangsa India yang datang ke program bersama isterinya....antara perkara yang diperkatakan ''Asyik minum teh ais aje, nak cuba juga minum milo ais'' kata-kata yang sungguh dalam maksudnya dan beliau juga menceritakan yang bahawa 7 ahli keluarganya yang sudah mendaftar sebagai pengundi akan mengundi Pakatan Rakyat........dan dia cukup yakin dengan PAS.......ini bukan cerita yang dibuat-buat tetapi itulah ayat yang keluar dari mulut orang tersebut. Ada juga bertanyakannya tentang BR1M..? Dan beliau menjawab bagi duit kita ambik, undi Pakatan Rakyat. Baguslah maknanya memang terdapat kesedaran dikalangan rakyat bawahan......Insya Allah PERAK akan kembali semula ke tangan Pakatan Rakyat......


Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger