Home » , » GST - Gasak sampai tertonggeng....Cukai prabayar akan dikuatkuasakan...

GST - Gasak sampai tertonggeng....Cukai prabayar akan dikuatkuasakan...


KUALA LUMPUR: Kerajaan akhirnya dikatakan membenarkan syarikat telekomunikasi (telco) melepaskan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pelanggan prabayar, kata HLIB Research.

"Difahamkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengeluarkan memo kepada semua penggiat industri yang mengarahkan telco bersedia dari segi teknikal untuk melancarkannya pada 1 Julai," kata firma penyelidikan itu. "Selain insentif cukai jalur lebar yang dilaksanakan tahun lepas, ini akan meningkatkan lagi pendapatan telco dalam jangka panjang," katanya yang mengekalkan penarafan neutral pada sektor telekomunikasi.

Bahagian penyelidikan Hong Leong Investment Bank (HLIB) berkata ia menjangkakan DiGi akan memperoleh manfaat terbesar jika cakap-cakap ini menjadi kenyataan dengan mengambil kira kedudukan tertinggi (86.6 peratus) pengguna prabayar daripada keseluruhan pelanggan, berbanding Maxis (74 peratus) dan Celcom (77.2 peratus).

Berdasarkan anggaran itu, DiGi, Maxis dan Celcom akan memperoleh kenaikan pendapatan, masing-masing sebanyak enam peratus, empat peratus dan dua peratus, dengan syarat status qou saingan dan penggunaan, kekal. - BERNAMA



WAKAKAKKKKKKKK....!!!!!!

Jika benarlah berita yang disiarkan ini bermakna TRANFORMASI kerajaan umno/Bn telah berjaya menjadi TRANSFORMERS....dari tahun lepas lagi dah diura-urakan tentang perkara ini tapi dulu ditarik semula kerana bantahan daripada rakyat. Sama ada perkara ini berlaku sebelum PRU13 ataupun selepas PRU13 bulan julai adalah jangka masa yang panjang lagi....Ini bermakna Parlimen boleh dibubarkan pada bila-bila masa.

Samaada pentadbiran Najib bertindak nekad @ memang tak peduli pun tentang rakyat @ apa-apa sekalipun yang dilakukan ini tentu-tentunya ada agenda tersembunyi. Tapi apa yang aku nampak ini semua adalah kerana cukai GST....dan tentu-tentunya Najib pernah berkata GST akan dilaksanakan selepas PRU13. Taklah tak faham lagi...Ini baru bunga tunggulah kepalanya keluar....5 tahunlah kena tanggung...jadi pikirlah sendiri.

Pada aku cukai 6% yang dikenakan kepada pengguna prepaid dan diserapkan kepada pengguna adalah tindakan yang mengarut oleh parti pemerintah yang baru jer kononnya bagi bantuan BR1M kepada rakyat yang terpilih. La ni dok pikir pulak macam mana nak sedut balik daripada rakyat......lepas ni habislah semua service kena cukai 6%.....

Tapi sebagai rakyat Malaysia yang suka suka suka sangat membayar cukai aku nak cadangkan kat parti pemerintah Umno/bn ni jangan lupa kenakan juga cukai kepada :

1 Setiap pembelian petrol RM10 kena Cukai 6%
2 Pengguna TOL pun sepatutnya kena Cukai 6%
3.Bil Elektrik & Air pun dikenakan Cukai 6%

Dengan IDEA nie Parti Pemerintah akan menambah serta memiliki lebihan wang perbelanjaaan....jadi aku ucapkan TAHNIAHlah kepada pengundi-pengundi parti Pemerintah Umno/Bn ni..kahkahkah...jangan ingat korang ahli parti pemerintah korang tak kena benda ni............Ini adalah permulaan kepada GST dan sekiranya dimasa akan datang, korang lihat dan dengar ada orang berbogel di tempat awam maka itu bermakna GST telah dilaksanakan sepenuhnya...kukuikui.....tapi jangan bimbang kerana kadarnya masih rendah lagi berbanding negara Somalia.

Untuk MULUT dorang dah naikkan harga makanan/minuman untuk KAKI dorang dah naikkan harga minyak untuk MATA dorang dah naikkan harga astro untuk TELINGA dorang dah nak naikkan harga topup tapi ikutlah HATI masa memangkah kertas undi nanti sebab la ni dorang masih tengah fikir nak naikkan apa. 5 tahun tu masanya nanti jangan merungut pulak kalau kos hidup semakin tinggi.

 p/s : aku harap kat kedai rakyat 1 malaysia adalah jual topup harga standart dan tanpa cukai ?? kan kat kedai tu semua barang murah2... kuikuikui
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger