Home » , » Penjualan Maju Expressway: Geran Bernilai RM976.7 juta - Adakah dipulangkan ?????

Penjualan Maju Expressway: Geran Bernilai RM976.7 juta - Adakah dipulangkan ?????


Penjualan konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya oleh MHSB kepada EP Manufacturing Bhd yang bernilai RM1.7 bilion membolehkan MHSB mengaut keuntungan mudah bernilai RM1.33 bilion sedangkan modal pelaburannya dianggarkan RM60 juta sahaja. “Ini menimbulkan keraguan memandangkan pembinaan lebuhraya tersebut menggunakan dana awam yang besar melalui geran kerajaan bernilai RM976.7 juta.

“Kos keseluruhan lebuhraya tersebut dianggarkan bernilai RM1.32 bilion dan sebahagian besarnya dibiayai oleh rakyat melalui geran RM976.7 juta yang diberikan kerajaan kepada Maju Holdings Sdn Bhd. “Selain geran tersebut, anggaran suntikan dana yang dibuat oleh Maju Holdings Sdn Bhd hanyalah sekitar RM60 juta iaitu 4.5% dari kos keseluruhan kerana MHSB turut meminjam RM370 juta dari institusi kewangan.

“Maknanya, penjualan berjumlah RM1.7 bilion ini akan memberi durian runtuh kepada Maju Holdings Sdn Bhd sekiranya geran oleh kerajaan berjumlah RM976.6 juta tidak dikembalikan. “Jika ini berlaku, selepas membayar hutang institusi kewangan berjumlah RM370 juta, bermakna Maju Holdings Sdn Bhd bakal membuat keuntungan berjumlah sekitar RM1.33 bilion sedangkan modal pelaburannya dianggarkan RM60 juta sahaja,”

MOHD RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN



Terdapat kemuskilan yang timbul akibat daripada penjualan ?
Adakah geran kerajaan RM976.7 juta di pulangkan semula kepada kerajaan.......??????????
Persoalan yang kena dijawab dan dijelaskan oleh PM Najib sebab urusniaga itu tak boleh diluluskan kalau tanpa Menteri Kewangan....sapa ye Menteri kewangan Malaysia ni.....

p/s : skandal NFC baru 250 juta.....tapi yang ini 976.7 juta....banyak tu.....takkanlah buat dana untuk pilihanraya pulak....



Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger