Benarkah Malaysia tidak iktiraf Israel? Benarkah Malaysia tidak benarkan sebarang hubungan diplomatik dengan Israel? Benarkah dakwaan bahawa Anwar membela Israel?
Semua dakwaan BN-UMNO adalah tidak benar. Dakwaan BN-UMNO adalah mengelirukan dan melambang hipokrasi. Apa yang SAH dan JELAS ialah BN-UMNO mengiktiraf dan membela Israel.
Bendera Isreal berkibar di PWTC Kuala Lumpur MALAYSIA
Bagaimana pula bendera Israel boleh berkibar di bangunan UMNO ? Bukankah ini satu pengiktirafan oleh BN-UMNO terhadap Israel? Apakah ini bukan hipokrasi UMNO? |
Kapal dagang Israel keluar masuk Malaysia
Zim Israel Navigation Company ialah syarikat perkapalan milik Israel, sepertiman MISC, syarikat perkapalan nasional Malaysia. Kita boleh layari www.zim.co.il mengenai syarikat perkapalan Zim boleh dilayari melalui . Di bawah tajuk sejarah, ditulis: Bermula dengan permulaan bersejarah pada 1945 sebagai kapal pengangkut imigran (kaum pendatang) dari wilayah berperang Eropah ke negara harapan bernama Israel, ZIM kini menjadi salah sebuah syarikat perkapalan terbesar yang beroperasi di seluruh dunia. (From historic beginnings in 1945 as a carrier of immigrants from war-torn Europe to the nascent state of Israel, ZIM has become one of the world‘s largest shipping companies with operations throughout the world.)
Di serombong asapnya (funnel) terpampang bendera Israel – tujuh bintang yang dengan megahkan berlabuh di pelabuhan Malaysia ! Sebab ini adalah undang-undang yang ditetapkan...setiap kapal yang ingin berlabuh disesuatu pelabuhan kenalah mengibarkan bendera tempat kapal itu didaftarkan beserta dengan bendera negara yg dikunjuginya, Kebanyakan pegawai dan anak-anak kapal itu terdiri daripada rakyat Israel.
Zim Israel Navigation Company atau Zim Lines juga mempunyai anak syarikat penuhnya iaitu Gold Star Line. Nama kapal-kapalnya ialah: New Asia Middle East Express, China Vietnam Express, East Mediteranean Express, Far East Africa Express dan Chittagong Malaysia Express. Gold Star Line ini berpangkalan di Hong Kong. Di negara Islam seperti Pakistan, Bangladesh, Indonesia – Zim beroperasi di bawah nama Gold Star Line. Ada antara kargo dari kapal Zim dikatakan melalui proses pelabelan semula (relabelling) di Singapura sebelum memasuki Malaysia. Difahamkan antara kargo yang dibawa masuk ke Malaysia ialah buah oren dan epal di bawah nama HIFA.
Jelas tercacat nama Israel di borang JK69 |
Juga terdapat alamat dicatitkan di dokumen rasmi kastam |
Dan yang terbaru ,16 Febuari 2012, dua buah kapal milik syarikat perkapalan Israel, ZIM USA dan ZIM Atlantic dilihat berlabuh dan menurunkan ratusan kontena di Pelabuhan Klang (Westport).
Sila lihat bukti gambar-gambar di bawah.
Buat pengetahuan anda, kedua-dua kapal Israel ini berlayar terus dari Haifa, Israel ke Pelabuhan Klang. Apa maknanya?
Ini bermakna kedua-dua kapal ini mengisi barang-barang di dalam kontena mereka di Pelabuhan Haifa, Israel tanpa singgah di mana-mana negara lain, terus ke Pelabuhan Klang.
Menghentam Anwar Ibrahim hanya kerana sepotong
ayat, kononnya untuk menunjukkan merekalah pejuang anti Israel, benci Israel,
pejuang Palestin. Sebelah tangan menghulur bantuan (kepada Palestin) sebelah tangan memberi dana (kepada Israel).....HIPOKRIT