Rayuan dua anggota polis yang disabitkan dengan pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 10 Februari depan. Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Azmi Kari menetapkan tarikh itu selepas perkara itu dikemukakan kepada beliau pada Jumaat.
Hadir pada prosiding itu ialah peguam Datuk Hazman Ahmad dan J.Kuldeep Kumar yang mewakili Cif Inspektor Azilah Hadri, dan Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup bagi pihak pendakwaan. Hazman dan Kuldeep juga menyebut bagi pihak peguam Koperal Sirul Azhar Umar.
Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April, 2009, setelah mendapati mereka bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja antara 9.45 malam 18 Oktober, 2006, dan 9.45 malam hari berikutnya. Perbicaraan kes mereka berlangsung selama 159 hari.
Kedua-dua mereka, yang merupakan komando dalam pasukan elit Unit Tindakan Khas, kemudiannya memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, didakwa bersubahat dengan kedua-dua tertuduh itu dalam kes pembunuhan Altantuya. Dia dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober, 2008, tanpa dipanggil membela diri.
Hazman memberitahu pemberita bahawa rekod rayuan mengandungi 65 jilid dan tiga jilid adalah asas penghakiman oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin. Azilah dan Sirul memberi keterangan ketika membela diri, dengan Azilah memberi keterangan dari tempat duduk saksi manakala Sirul pula berbuat demikan dari kandang tertuduh.
Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin mendapati pembelaan yang dikemukakan oleh kedua-dua tertuduh itu hanyalah “penafian dan menyalahkan satu sama lain.”
Ulasan aku
Salam
Sememangnya wajar bagi yang melakukan pembunuhan itu dijatuhkan hukuman mati. Aku setuju dengan apa yang telah diputuskan oleh makhamah tetapi makhamah gagal memutuskan sebarang motif kenapa pembunuhan tersebut berlaku.
Hakim secara terangnya mendapati pembelaan kedua-dua tertuduh itu hanyalah "penafian dan menyalahkan satu sama lain" tetapi jika tiada motif kenapa pembunuhan ini berlaku. Adakah kerana suka-suka ataupun mereka ini "BERTINDAK MENGIKUT ARAHAN".
Mungkin ramai yang tak mengenali rupa si pelaku pembunuhan itu. Hanya gambar diatas sahajalah yang menunjukkan rupa si pelaku. Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya apakah hukuman telah dijalan keatas mereka berdua. Jawapannya "hukuman masih belum dijalankan" kerana didalam sistem perundangan Malaysia setiap pelaku yang telah dijatuhkan hukuman boleh memohon pengampunan di Makhamah Rayuan dan jika gagal boleh memohon pengampunan yang di Pertuan Agong dan sekiranya gagal juga barulah waran pelaksanaan hukuman akan dikeluarkan dan hukuman dijalankan.
Kebiasaannya proses rayuan ini akan mengambil masa yang agak lama. Tak tahulah sebab apa tetapi itulah yang sentiasa berlaku. Aku x nak persoalkan dimana mereka berdua ini ditempatkan cuma satu aje harapan aku agar Keadilan dapat ditegakkan.