Home » , » Penjelasan adik Mat Indera tentang Mat Indera....

Penjelasan adik Mat Indera tentang Mat Indera....

Salam
Video ini aku ambik Sinar Harian punya.
Penjelasan Baharom Shah Indera yang merupakan adik Mat Indera.Berasal dari Bakri, Muar Johor. Beliau tampil di pejabat PAS pusat pada 7 September 2011 memberi penjelasan mengenai abangnya Ahmad bin Indera (Mat Indera)......

Hu hu hu....dengar sendiri baik-baik ye.....jangan jadi Pak Angguk je...adalah lebih baik dengar sendiri dari mulut adik kandung Mat Indera daripada dengar dari mulut orang yang tak tau apa-apa.....Hu hu hu

Berikut dibawah adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Johor.....ni pun aku ambik Sinar Harian punya......

NUSAJAYA - Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, Ahmad Indera atau Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.
Beliau berkata, berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) dengan sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.
"Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan.
"Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Bagaimanapun, Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan Johor di sini hari ini.
Abdul Ghani berkata demikian bagi mengulas tindakan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, yang dengan yakin mempertahankan kenyataannya (Mat Sabu) bahawa Mat Indera dan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong adalah pejuang kemerdekaan sebenar. - Bernama

Alahai Ghani......bukan pendekatan @ cara perjuangan yang menjadikan seseorang itu pengganas. Kalau lawan penjajah digelar pengganas tapi kalau bersekutu dan bersetuju dengan penjajah dan menggunakan apa yang ditinggalkan penjajah nak gelar apa pulak....? PENCACAI a.k.a BARUA......Hu hu hu...

JANGANLAH NAK MENAFIKAN PULA PERJUANGAN ORANG LAIN YANG JUGA BERJUANG MENUNTUT KEMERDEKAAN......!!!!!!
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger