Didalam Proses @ tatacara Undi pos terdapat empat proses utama yang dilaksanakan. Terdapat kelemahan-kelemahan yang jelas diantara keempat-empat proses yang dijalankan itu.
Kita fahamkan dulu apa itu undi Pos ?
Undi Pos diwujudkan semasa keadaan negara masih lagi kucar-kacir dimana semua anggota keselamatan perlu berkawal disebabkan oleh ancaman dari komunis. Undi pos ialah undi istimewa bagi orang-orang yang disebabkan tugas @ kerjayanya, mereka ini tidak dapat hadir ke tempat mengundi di dalam kawasan di mana pilihanraya diadakan. Mereka merupakan permastautin disesuatu kawasan dan mereka mempunyai hak menentukan siapakah wakil kepada suara mereka samada untuk Dewan undangan negeri @ Parlimen.
Proses undi pos bermula dengan PROSES PENGELUARAN. Kertas undi dikeluarkan kepada pengundi dan akan memasukkan semua dokumen iaitu kertas undi, Sampul A, Sampul B dan Borang 2. Semuanya dokumen ini dimasukkan dalam sampul utama yang akan tercatat alamat pengundi. Sampul utama diwujudkan oleh daftar pemilih.
Masalah yang selalu dikesan adalah berkenaan daftar pemilih kerana banyak nama yang dikeluarkan disahkan bertindih. Ini bertentangan dengan Seksyen 10 Akta Pilihan Raya 1958 yang menyebut tidak ada seseorang pun berhak dimasukkan ke dalam daftar pemilih sebagai pemilih lebih dari satu pilihan raya. Maknanya seorang pengundi mesti mengundi di satu tempat sahaja. Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) sudah membantah cara ini, tetapi sehingga kini SPR tidak membuat apa-apa walaupun telah berjanji akan mengatasinya. Masalah utamanya, SPR tidak dapat pengesahan daripada Jabatan Rekod dan Pencen Tentera (JRP).
Kenapa tidak boleh bekerjasama daripada dua jabatan yang berbeza ?
Sepatutnya perkara 'simple' seperti ini dapat diselesaikan. Hanya perlu rujuk kepada JRP dan JRP boleh mengesahkan bahawa pengundi itu sedang berkhidmat dan berdaftar, dan yang sudah tamat perkhidmatannya namanya perlu dimansuhkan.
Seterusnya adalah PROSES PENGEDARAN & PENGUNDIAN.
Di sini terdapat dua kategori pengundi pos iaitu pengundi yang hadir dan pengundi yang tidak hadir. Pengundi hadir iaitu mereka yang berada di dalam kem dan boleh mengundi di dalam kem.
Di sini SPR membenarkan ejen-ejen menyaksikan, mengawal ataupun berada semasa pengambilan kertas undi. Ejen-ejen parti yang bertanding sekadar melihat sahaja, mereka tidak boleh membuat semakan kerana daftar pemilih adalah berbeza dengan daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR. Sebenarnya tindakan kem yang mengeluarkan satu lagi daftar pemilih, sudah menjadi satu kesalahan dan bertentangan dengan Perkara 14 (a), yang menyebut daftar pemilih yang dikeluarkan pada hari penamaan calon hendaklah naskah sahih yang akan digunakan oleh ketua pengurus di tempat mengundi pada hari mengundi. Pengundian di Kem sepatutnya menggunakan daftar pemilih yang dikemukakan pada hari penamaan calon itu, bukan daftar pemilih yang dibuat sendiri oleh pihak kem. Bahkan senarai baru itu tidak diberikan kepada ejen-ejen. Dalam daftar yang dikeluarkan oleh kem ini tidak ada nombor siri, tidak ada locality (lokaliti mewakili unit), tidak ada nombor tentera yang penuh ('T' tidak ada) hanya ada nombor sahaja, nama isteri juga dikeluarkan tanpa nombor kad pengenalan, serta daftar pemilih itu berterabur tidak mengikut susunan. Daftar pemilih baru itu tidak diberikan kepada ejen parti sekaligus menyukarkan ajen-ajen parti bertanding untuk menyemak pengundi.
Persoalannya...
Mengapa mereka menggunakan daftar pemilih mereka sendiri ?
Siapa yang memberi kuasa kepada mereka untuk mangeluarkan daftar pemilih itu ?
Disebabkan perkara itu, ejen-ejen parti yang dibenarkan masuk ke tempat mengundi, tidak boleh mengesahkan identiti pengundi kerana daftar pemilih yang dikeluarkan SPR berbeza dengan daftar pemilih yang dikeluarkan oleh kem-kem yang terlibat, ejen-ejen parti tidak tahu jumlah pengundi yang datang.Ini kerana ia disemak oleh pegawai tentera.
Inikah yang disebut SPR satu PENGUNDIAN yang TELUS ?
Pengundi yang tidak hadir semasa hari pengundian dijalankan, ada dua sebab iaitu bertugas dan berada di luar kem. Dan tidak boleh mengundi ditempat tersebut.
Apakah cara yang mereka lakukan ?
Serahkan sampul surat utama kepada JRP kemudian akan diserahkan kepada Unit dan unitlah yang akan bertanggungjawab menghantar surat itu macam hantar kad hari raya. Unit ini pula menjadi seperti posmen untuk diserahkan kepada pengundi. Bukan menuduh bahawa berlaku sesuatu disebalik itu tetapi sudah cukup besar ruang yang disediakan untuk dimanipulasikan.
Kenapa ?
Kerana di situ SPR tidak ada kawalan, parti politik bertanding juga tidak boleh mengawal. Semuanya kita serah kepada pihak ketiga.
Proses seterusnya adalah PROSES PEMBUKAAN, maknanya sampul utama dibuka. Borang dua akan disemak. Kelemahan disini adalah kerana petugas-petugas SPR tidak begitu mahir dalam pengurusan sampul.
Sepatutnya petugas SPR akan tunjuk Borang 2, tetapi sering menimbulkan masalah kerana petugas-petugas SPR kebiasaanya tidak berbuat demikian sehinggakan seringkali kita dengar ajen-ajen parti terpaksa bertegang leher untuk mereka lakukan mengikut prosedur.
Proses keempat berkenaan PENGIRAAN KERTAS UNDI.
Ini adalah untuk semua undi yang datang dari Mindef
Siapa yang mengundi di Mindef?
Mereka yang mengundi adalah anggota tentera yang di dalam proses peralihan, biasanya orang yang hendak pencen tidak banyak terikat dengan taat setia dan kritikal. Benda ini dibuat tanpa ejen-ejen parti yang bertanding. Bukan menuduh sesiapa tetapi bacalah kisah-kisah dan pendedahan dari anggota yang telah bersara dan mengambil cth cerita PAK ABU KASIM yang mendedahkan kepada SPR dalam satu pertemuan, bahawa dialah orang yang mengundi untuk mewakili rakan-rakan dia, dan pada waktu itu terdapat pegawai yang memerhati di belakangnya.
Berikut ialah antara rakaman perbincangan mereka:
Suhaizan Bin Kaiat : Maaf Pengerusi saya minta bekas anggota tentera Pak Abu Kassim berpangkat Kapten Mejar (B) yang turut sama datang hari ini beritahu kita bagaimana beliau handle Karung Khas SPR semasa bertugas.
Pak Abu Kassim : Maaf tuan. Saya ni bekas anggota tentera. Terlibat dalam pentadbiran. Sayalah yang pangkah dacing pada kertas-kertas undi tu. Saya pangkah BN. Banyak tuan.
Abd Aziz : Kenapa tak pangkah bulan ?
Pak Abu Kassim : Saya pangkahkan bulan juga tapi saya rosakkan borang 2. Saya takut masa tu tuan sebab pegawai saya duduk belakang saya. Saya patuh ajalah arahan dia.
Abd Aziz : Bila tu Pak Abu?
Pak Abu Kassim : Masa saya bertugas sebelum tahun 2000.
Abd Aziz : Itu cerita lama. Sekarang era saya tak akan berlaku lagi.
Suhaizan Kaiat : Lama memang lama. Tapi sistem tetap sama tuan.
SPR adalah pelaksana sahaja. Dalam perbincangan yang dilakukan, di lihat SPR ada usaha untuk membuat pembaharuan tetapi kuasa mereka terhad dan terdapat klausa-klausa yang menghalang mereka melakukan perubahan dan memerlukan persetujuan kabinet. Misalnya sistem undi pos mereka perlu mendapat mandat daripada kabinet.
Macam mana kabinet hendak luluskan sesuatu tindakan yang boleh mengancam kepentingan Umno dan BN ?
Jadi suara rakyatlah yang akan menjadi penentu dalam isu ini dan Bersih hanyalah sebagai platform yang mewakili suara rakyat untuk menuntut perubahan bagi mendapatkan pembelaan.