Home » , » Najib akan di serang dan sedia diganti ?

Najib akan di serang dan sedia diganti ?




Salam
Najib akan di terus didesak untuk melepaskan jawatan sebagai PM. Terdahulu Penawar dikhabarkan menuntut Najib untuk melepaskan jawatannya. Ini kerana Najib dilihat telah gagal untuk memperkasakan Umno semula selepas era Pak Lah. Tekanan atau agenda ini pastinya datang dari kumpulan-kumpulan yang mempunyai sokongan yang besar dari dalam Umno sendiri.

Faktor Rosmah juga menjadi pendorong utama di dalam keadaan ini. Ini kerana Rosmah dilihat sebagai liabiliti kepada pemerintahan Umno/BN. Pemerintahan Umno/Bn juga dilihat lebih kepada di bawah Rosmah berbanding dengan Najib. Rosmah juga selalu menjadi punca kerajaan dikritik oleh rakyat. Berbagai-bagai peruntukan dilihat diluluskan bagi menjayakan sesuatu projek yang dinaungi oleh Rosmah dan perbelanjaan yang tinggi dilihat sebagai pembaziran oleh sesetengah pihak.

Kes kapal selam scorpene yang kini menunggu perbicaraannya juga dilihat akan menjatuhkan Umno/Bn. Ini kerana isu komisen @ rasuah yang bakal didedahkan semasa perbicaraan nanti di lihat akan memberikan kesan yang buruk kepada kepimpinan Najib. Isu kegagalan menguruskan ekonomi juga menjadi salah satu sebab kenapa wujudnya kumpulan pendesak ini. Mungkin kita boleh menduga @ mengagak siapakah di belakang semua perkara ini.....namun semuanya masih lagi tiada kepastian.

Terkini sedang aku melayari pembacaan di blog-blog aku terjumpa satu kenyataan dari seseorang yang menyatakan @ bersetuju dengan apa yang sedang hangat diperkatakan. Ingat lagi nama Dato Aziz Shamsuddin. Terbaru menurut http://malaysiaonlinetoday.wordpress.com/2011/08/04/mahatirs-hitman-abd-aziz-shamsuddin-says-umnos-knife-is-out-for-najib/ memetik Datuk Aziz Shamsuddin berkata : 
 
Tan Sri Abd Aziz Shamsuddin, said today that he belief that there is a strong mutiny brewing within Umno. “There is such thing. This is is not a misconception. Umno’s knife is out for Najib

Nampaknya semakin hari semakin jelas tentang apa yang diperkatakan itu. Sudah pastilah ada nama-nama besar di belakang semua ini. Umum mengetahui yang Najib juga tidak begitu senang dengan Timbalannya begitu jugalah sebalik. Dilihat perkara ini sudah semakin membarah dan pihak Pakatan Rakyat haruslah bersedia bagi menghadapi PRU 13 yang mungkin diadakan tidak lama lagi. Dari pemerhatian aku Najib tidak akan tunduk seperti Pak Lah tunduk dulu. Perwatakan Najib dan perwatakan Pak Lah amatlah berbeza. Lagi lama perkara ini berterusan lagi baik untuk Pakatan Rakyat.

Hu hu hu sebenarnya perkara ini tak wajar aku ulaskan kerana ini adalah masalah dalaman Umno tetapi perkara ini dilihat akan memberikan kesan kepada Umno dan memberikan kelebihan kepada PR. Yang nyata perkara ini akan mewujudkan dua kumpulan didalam Umno....iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Bila wujudnya pepecahan itu akan lebih membuat Umno semakin lemah dan akan bertambah parah. Satu perkara yang aku akui selepas PRU 12 Pakatan Rakyat memperolehi kemenangan yang besar bukan kerana kekuatannya tetapi kerana Umno lemah dan berpecah. Dan nampaknya senario itu akan terus berulang pada PRU 13 yang mungkin akan berlangsung tidak lama lagi. Kredit to Mat sembab. Semakin lama semakin jelas Umno sedang menuju kehancuran......kikiki.

p/s : Tapi aku rasalah sebenarnya ada satu lagi tangan ghaib yang besar yang mengerakkan perkara ini. Bab-bab ni dia memang pakar......Lu orang fikirlah sendiri betul ke tak betul apa yang aku fikirkan ni. Aku akhiri dengan serangkap pantun.

Dulu berkudis kini dah barah
Merebut kuasa asyik berbalah
Dahlah lemah semakin parah
Itu tandanya BN nak kalah 



Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger