Aku rasa tertarik nak bercakap tentang kenyataan pengerusi MCA Selangor, mungkin nampak sinis tapi agak berterus terang. Mungkin itulah hakikat yg terpaksa ditelan oleh MCA memandangkan penolakan parti itu terutamanya dari masyarakat cina.Menurut Pengerusi MCA Selangor Donald Lim beliau akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi MCA negeri Selangor jika MCA tidak mendapat menambah kerusinya di dalam pilihanraya yang akan datang. MCA hanya mempunyai 2 kerusi Dewan Undangan Negeri yang di menanginya dari 14 yang dipertandingkan. MCA juga mempunyai 1 kerusi Parlimen yang dimenangi mereka dari 7 yang dipertandingkan. Kehilangan kerusi MCA dan Gerakan tidak akan memindahkan kerusi itu kepada UMNO kerana kebanyakan di antara kerusi yang ditandingi oleh MCA adalah di kawasan bandar-bandar dan separa bandar. Donald Lim berkata MCA akan hanya memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan jika parti itu berkeupayaan untuk meletakan calon yang baik serta berkaliber tinggi.
Kekurangan dari sudut kepimpinan UMNO di Selangorlah yang menyebabkan negeri itu terpaksa diketuai oleh Perdana Menteri sendiri iaitu DS Najib. Umum mengetahui DS Najib sendiri mempunyai masalah yang sangat berat dan krisis terhadap kepimpinannya itu tidak akan membawa apa-apa makna kepada UMNO Selangor walau pun beliau sendiri mempengerusikan UMNO di Selangor iaitu negeri yang terkaya didalam negara ini.
Di Selangor tidak banyak isu-isu negeri dan tempatan yang akan mempengaruhi pengundi kerana Selangor terletak di pusat negara di mana pengundi akan dipengaruhi oleh isu-isu nasional. Krisis keyakinan kini merupakan faktor yang paling utama yang akan mempengaruhi trend pengundian. UMNO sedang sedaya upaya untuk memenangi kerusi-kerusi yang mengalami kekalahan dalam pilihanraya yang lalu tetapi jika ada pun kemenangan di kawasan-kawasan tersebut ia akan juga mungkin akan mengalami kekalahan di kawasan-kawasan yang mereka telah menangi dalam pilihanraya lalu.
Kalau berdasarkan kepada faktor-faktor dan isu-isu terkini cita-cita UMNO/BN untuk mengambil alih kerajaan negeri Selangor berkemungkinan tidak akan kesampaian. Mungkin ianya hanya akan tinggal sebagai mimpi di siang hari sahaja.
Ini pandangan aku saja namun Pakatan Rakyat tak seharusnya berasa selesa memandangkan kesungguhan yg ditunjukkan UMNO/BN untuk menawan kembali Selangor walau dengan apa cara sekalipun. Walau pun terdapat beberapa perkara yg tak disenangi berlaku namun perkara tersebut tidaklah sepatutnya akan membawa kepada kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat di selangor memandangkan prestasi yg ditunjukkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Kita tidak seharusnya terus-terusan membiarkan minda kita dikawal kerana ia akan menyebabkan kita hanya akan takut dgn bayang2 sendiri aje.