Showing posts with label Selangor. Show all posts
Showing posts with label Selangor. Show all posts

Bagaimana tanah milik UMNO Tg Karang telah dijual kepada Syarikat Bukan Melayu.

Friday, 23 March 2012


Bagaimana tanah milik UMNO Tg Karang telah dijual kepada Syarikat Bukan Melayu.??????

Kerajaan Negeri Selangor ketika dibawah pemerintah BN telah mengkurniakan sebidang tanah kepada Pertubuhan Kebangssan Melayu Bersatu,UMNO Tg Karang pada 17 Mac 2004.

Lot tersebut adalah HSD 10440 PT 115 dengan keluasan 4370 meter persegi (lebih sedikit satu ekar) bersebelahan Dewan Dato’Hormat,Tg Karang.

Di atas lot ini terletaknya mini dewan yang ditempatkan peralatan gimnasium milik MDKS. Dewan ini telah dijadikan bilik gerakan BN Tg Karang Peralatan gimnasium sekarang telah dipindahkan diluar kawasan MDKS. Kelihatannya UMNO lebih berkuasa dari MDKS walaupun MDKS diperintah PR. Dengan persetujuan UMNO Tg Karang tentunya dengan bayaran wang ringgit kepada UMNO dan Noh Omar, maka BUMI UTAMA BUILDING MATERIAL SDN BHD (BUBMSB) telah meng”kavet”kan lot ini dengan no 7558/2007 didaftar pada 1 Mac 2007 di Pejabat Tanah Dan Galian Selangor,Shah Alam

Seterusnya dengan no kavet 36269/2007 pada 3 September 2007,syarikat BAYACORP SDN BHD pula meng”kavet” kan tanah tersebut di pejabat yang sama.

Dalam masa 6 bulan tanah milik UMNO Tg Karang telah di kavet oleh 2 sama tapi tak serupa iaitu syarikat,BUBMSB dan BAYACORP.

Meng”kavet” tanah ertinya tanah lot ini tidak boleh dijual kepada sesiapa walaupun oleh UMNO Tg Karang ingin menjual kepada pihak lain selagi pihak yang meng”kavet” tidak menarik balik “kavet” di Pejabat Tanah Dan Galian Selangor.

Pemegang saham BUBMSB adalah Mohd Kifli bin Abu Samah sebanyak 60 saham dan Hamyzar bin Toha sebanyak 40 saham (ringgit).

Sedangkan pengarah syarikat BUBMSB adalah Chia Mee Sim,Datin dan Lau Chuan Wei. Kedua-dua pengarah ini dilantik pada 15 Mac 2007 (setelah tanah di kavet) September 2007 tanah yang sama di kavet oleh Bayacorp.

BUBMSB dan Bayacorp mempunyai pengarah yang sama.Mereka menjadi pengarah Bayacorp pada 16 Jun 2006. Pemegang saham Bayacorp adalah Chan Hei Yan Vivian Passport BC 225534, saham 149,999: Heng Meng Seng KP 731210-01-6035:saham 12,501: Chan Mei Peng: 1 (satu) saham dan Chen Sow May : 1 (satu) saham.

Beginilah modes operandi UMNO menjual tanah milik Melayu kepada Bukan Melayu. Pertama seolah-olah tanah UMNO dibeli oleh syarikat Melayu ,BUBMSB (pemegang saham Melayu: Mohd Kifli dan Hamyzar tetapi pengarah Syarikat adalah Chia dan Lau). Kemudian tanah yang sama di kavet oleh Bayacorp,100% syarikat Cina. Malah salah seorang pemegang sahamnya iaitu Chan Hei Yan Vivian bukan warga Negara Malaysia ).

UMNO Tg Karang yang berketuakan Noh Omar yang berangan-angan jadi MB Selangor menjualkan lagi tanah seluas 3 ekar di Jalan Sg Kajang,Tg Karang, berhampiran Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia Caw.Tg Karang kepada syarikat Bukan Melayu. Pada 3 Ogos 2005 ,UMNO Tg Karang mendapat tanah dari Pejabat Tanah Kuala Selangor seluas 12100 meter persegi (kira-kira 3 ekar) Lot tersebut adalah HSD 15384 PT 303. Pada 3 Ogos 3007,BUMI UTAMA CONSTRUCTIONS (BUC) telah meng”kavet” lot ini di Pejabat Tanah dan Galian Selangor dengan no 31412/2007.

BUC dan BUBMSB mempunyai alamat sama iaitu 12-02,1st Floor,USJ 21/4 UEP Subang Jaya , 47630 Selangor ketika membuat kavet dipejabat tanah. Alamat Bayacorp ketika membuat kavet adalah Suite 2-6-12, 6th Floor Menara KLH,No 2 Jalan Kasipillai Off Jalan Ipoh,Kuala Lumpur.Alamat ini adalah alamat Daftar syarikat Bayacorp dan BUBMSB. Ketiga tiga syarikat ini sangat berkait rapat.

Tanah 3 ekar HSD 15384 PT 303 adalah merupakan tanah yang direncanakan pada tahun 80an dahulu untuk dijadikan tanah tapak perkuburan penduduk Pekan Tg Karang seluas 8 ekar. Tetapi kerana kerakusan UMNO Tg Karang yang dipimpin Noh Omar,3 ekar telah jatuh kepada UMNO dan dijual kepada syarikat Bukan Melayu. Demikianlah cara UMNO Tg Karang memajukan tanah kurnia.

P/s : UMNO kerjanya memohon tanah dan menjual kepada Bukan Melayu jer....Korang pikirlah sendiri..."Asalnya tanah kerajaan, tetapi sudah dipindah milik, dianugerahkan kepada Umno dan Umno pula jual pada syarikat bukan bumiputra. "Kalau macam itu, senang-senanglah Umno dapat keuntungan atas penjualan tanah milik kerajaan negeri itu,"  dah diberikan kepada UMNO satu hal...lepas dah dapat dijual pulak.....kuikuikui


Continue Reading | Like

Kerajaan Negeri Selangor akan bantu kos pembaikan kerosakan rumah akibat banjir.

Tuesday, 20 March 2012


KERAJAAN Negeri telah mengenal pasti 11 buah rumah yang rosak teruk dalam kejadian banjir di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang pada 7 Mac lalu, dengan kos kasar pembaikan dianggarkan sebanyak RM105,000.

Rumah-rumah ini dicadangkan untuk diperbaiki oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, YB Khasim Abdul Aziz .Kesemua rumah ini dimiliki penduduk tempatan bukan berstatus penyewa.

Setiap pemilik rumah ini akan menerima bantuan antara RM1,500 sehingga RM30,000 bergantung kepada tahap kerosakan. Terdapat sebuah rumah yang mengalami kerosakan teruk dan Kerajaan Negeri bercadang mengantikan rumah baharu di bawah Program Kerajaan Prihatin.

Kebanyakan rumah-rumah ini mengalami kerosakan pada dinding, dapur dan siling yang perlu dibaiki untuk membolehkan pemiliknya menduduki semula rumah mereka.

Dalam pada itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bantuan wang tunai kepada mangsa banjir ditambah kepada RM1,000 setiap keluarga bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung mangsa.

Beliau membuat pengumuman itu pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor oleh DYMM Sultan Selangor, Tuanku Saifuddin Idris Shah, hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri sangat prihatin dengan beban yang ditanggung mangsa banjir dan langkah segera akan diambil untuk mengelak kejadian sama berulang termasuk menyegerakan kerja-kerja mendalamkan sungai. Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (PANTAS) yang diketuai Exco negeri, YB Rodziah Ismail juga mengadakan program gotong royong membersihkan rumah penduduk pada 17 dan 18 Mac baru-baru ini.

Anggota sukarelawan PANTAS seramai 80 orang membantu mangsa banjir membersihkan peralatan rumah yang ditenggelami air, membersihkan sampah sarap dan longkang yang dipenuhi lumpur, membersihan surau selain memberi bantuan pakaian dan makanan.

Dikeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Continue Reading | Like

MB Khalid - tepanjat boboi...

Thursday, 15 March 2012


[MK] Kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim nampaknya telah ditukar tanpa pengetahuannya, seperti yang terbukti menerusi carian di lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Semakan di lamanweb tersebut mendapati Khalid kini merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai yang diwakili Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar. Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti di bawah daerah mengundi Universiti. Bagaimanapun, difahamkan Khalid sebelum ini mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan. Tidak jelas sudah berapa lama beliau menjadi pengundi di sana.



Ketika dihubungi, seorang pegawai pejabat menteri besar yang enggan namanya disiarkan, mengesahkan Khalid tidak membuat sebarang perubahan pada kawasan mengundinya atau dalam kad pengenalannya. "Setakat yang beliau tahu, beliau masih pengundi di Petaling Jaya (Selatan) dan alamat pada kad pengenalan beliau adalah di Pasir Tuntung, Kuala Selangor - bandar kelahirannya," kata sumber yang rapat dengan menteri besar itu. Sumber itu menambah bahawa menteri besar yang telah dimaklumkan mengenainya "memandang berat" perkara itu dan akan menyemak dengan SPR dan Jabatan Pendaftaran.

Tindakan mensabotaj MB? Malaysiakini membuat semakan tersebut selepas Ketua Pemuda Umno Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii, menyiarkan di blognya bahawa Khalid telah menjadi "pengundi hantu" di Lembah Pantai. Mohd Razlan juga mendakwa peralihan kawasan mengundi itu, yang hanya boleh berlaku jika menteri besar itu menukar alamat pada kad pengenalannya, adalah kerja dalam untuk mensabotaj Khalid. Khalid tidak boleh bertanding sebagai ADUN di Selangor jika kad pengenalannya menunjukkan dia pemastautin di Kuala Lumpur. Menurut peraturan SPR, calon yang bertanding kerusi DUN mesti menjadi penduduk negeri berkenaan. Ini bermakna beliau tidak boleh lagi menjadi menteri besar untuk penggal kedua.

p/s : kikikiki semakin lama semakin pelik dah SPR ni....tapi eloklah kita bersangka baik walaupun memang dah nampak dah sesuatu yang kurang baik sedang berlaku....UMNO oh UMNO..


Continue Reading | Like

WIFI Percuma untuk Negeri Selangor...Satu lagi projek Pakatan Rakyat Selangor untuk Rakyat Selangor

Saturday, 3 March 2012

Perasmian Wifi Percuma oleh Menteri Besar Selangor di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor.


YAB. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim merasmikan program SPINS (Perkhidmatan Awam Berintegrasi Selangor) - pelancaran Wifi Percuma kepada penduduk negeri Selangor di Dewan Serbaguna PJS 2C/6. 

MBPJ dipilih menjadi PBT pertama yang akan menyediakan Wifi percuma ini. Urusan dengan MBPJ sekarang boleh dibuat tanpa perlu datang ke kaunter lagi. 200 tiang wifi akan dipasang mengikut zon di Petaling Jaya. Kawasan pertama yang akan mendapat wifi percuma adalah di Taman Dato Harun & PJS 1 di dun Taman Medan iaitu kawasan YB Haniza Talha.



Turut hadir iaitu YB Rodziah Ismail selaku Exco kerajaan negeri Selangor menjelaskan bahawa 4000 tapak untuk memasang tiang wifi percuma telah dikenalpasti di seluruh Selangor untuk dipasang secara berperingkat, termasuklah kawasan luar bandar.

Menteri Besar menyatakan harapan beliau agar rakyat dapat memanafaatkan keseluruhan sistem wifi ini. Dengan ini, segala urusan dapat dipermudahkan dengan cepat. Teknologi ini bukan sahaja dapat memberikan kemudahan kepada orang ramai menerima maklumat malahan orang ramai dapat melakukan kerja-kerja harian menjadi lebih cepat dan pantas.

Perasan tak tiang seperti di atas...Itulah tiang Wifi SPINS
Rasanya cara untuk menggunakan Wifi SPINS ni samalah juga dengan cara menggunakan wireless City Selangor yang diperkenalkan pada April 2010.

*Sebagai contoh, katakan anda berada di kawasan tiang wifi SPINS dan ingin melayari internet menggunakan komputer riba atau telefon pintar. Berikut cara membuat sambungan kali pertama :-

1. Pastikan komputer atau telefon menerima isyarat Wireless SPINS Selangor. Seterusnya sambungkan kepada isyarat tersebut.

Pilih Signal

2. Buka Browser dan mula menaip sebarang alamat laman web, contohnya www.selangor.gov.my
Buka Browser dan mula menaip url

3. Laman web yang di acess tidak akan dibuka serta merta, tetapi akan dipaparkan Skrin pendaftaran pengguna Wireless SPINS Selangor. Ini membolehkan anda mencipta Username dan Password untuk Log Masuk.

Skrin utama Wireless SPINS Selangor

4. Lengkapkan maklumat pendaftaran dan Klik "Create My Account"
Skrin pendaftaran

5. Pendaftaran yang berjaya akan dipaparkan Skrin berikut dan meminta anda Log Masuk atau login untuk terus melayari Internet

Pendaftaran berjaya

6. Skrin Login. Masukkan Username dan Password yang anda telah cipta, kemudian Klik Login

Skrin Login

7. Anda boleh mula melayari laman web dengan percuma selama 30 minit. Masa penggunaan akan dipaparkan untuk rujukan.

Browse percuma
.

P/S :
Percuma 30 minit bagi mengurangkan kesesakan trafik....tapi boleh connect balik...jangan salah faham...PERCUMA TETAP PERCUMA. 


Jika Anda Setuju Sila "Like"
Continue Reading | Like

Kasi Panas!! Jawapan kepada SPINNING Kapal ZIM (Israel) memasuki Malaysia.

Wednesday, 22 February 2012

HARI NI AKU NAK JAWAB TENTANG BLOG PRO BN YANG MEMPERTAHANKAN ISU KAPAL ISRAEL YANG BERLABUH DI PORT KLANG HANYA BERLANDASKAN ALASAN BENDERA YANG DIKIBARKAN KAPAL TERSEBUT ADALAH BENDERA LIBERIA. 

 

KASI PANAS!! Benarkah Kapal Israel memasuki Malaysia? Penjelasannya..

Beberapa blog pro pembangkang termasuk malaysiakini.com hari ini melaporkan berita tentang kemasukan dua buah kapal israel di Pelabuhan Barat , Pelabuhan Klang.
Berikut adalah sebahagian petikan laporan dari malaysiakini.com
Bukti video, kapal Israel di Pelabuhan Klang
NGO mesra PKR, Jingga 13, hari ini membekalkan bukti menunjukkan kapal-kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang didakwa dikuasai oleh kerajaan Israel mempunyai akses bebas ke Westport, Pelabuhan Klang.
Untuk berita penuh sila ke http://www.malaysiakini.com
Untuk pengetahuan rakyat Malaysia sekalian, untuk entry kali ini kami akan jawab terlebih dahulu pembohongan paling utama pencacai-pencacai PKR sepertimana tulisan yang kami merahkan diatas, iaitu kapal tersebut adalah kapal israel. Kemudian kami akan susuli dengan penjelasan mengenai kehadiran kapal tersebut di Pelabuhan Klang dalam entry seterusnya.
dan bla..bla..bla..bla...bla..bla...aku malas nak copy paste buat menyemak jer...kalau nak baca...boleh dibaca di SINI

Ternyata di sini penulis blog tersebut cuba menyembunyikan satu fakta yang penting...
Disebabkan pendaftaran kapal ZIM U.S.A ini didaftarkan di Liberia ia tidak menjadikan kapal ZIM U.S.A ini bukan milik Israel.


Tetapi sebenarnya kapal ZIM U.S.A ini mula2nya memang didaftarkan di Israel tetapi telah ditukar pendaftarannya. Alasan penukarannya itu aku tak pasti





Data-data ini bolehlah dirujuk dengan klik vassel's detail's di SINI
 

Dulu kita pernah dikejutkan dengan pendedahan bila mana ada kapal yang berlabuh di Port Klang mengibarkan bendera Israel dan kita tahu bahawa sentimen anti Israel begitu kuat di Malaysia. Mungkin disebabkan sikap penduduk dunia yang prejudis anti-Israel dan ini memungkinkan alasan penukaran pendaftaran adalah untuk mengelabui mata sahaja tetapi hakikatnya berbeza. Dan jika ia terus berdaftar di Israel undang-undang maritim menetapkan setiap kapal yang ingin berlabuh di sesuatu negara kapal tersebut dikehendaki mengibarkan bendera Israel tetapi dengan menukar pendaftarannya kapal tersebut akan mengibarkan bendera negeri pendaftaran barunya. Segalanya masih lagi menjadi tanda tanya dan seperkara lagi walaupun Kapal ZIM U.S.A ini tak mengibarkan bendera Israel tetapi bendera Liberia ia tetap tidak menjadikan Kapal tersebut milik Liberia.


P/S : Kargo yang dibawanya pun direct dari Pelabuhan Haifa ke Port Klang.....jadi janganlah spin.
Continue Reading | Like

2 Kapal ZIM Intergrated berlabuh di Port Klang

Monday, 20 February 2012


16 Feb 2012 - 2 kapal milik ZIM Intergrated Shipping, ZIM USA dan ZIM ATLANTIC berlabuh di dermaga Westport, Port Klang.

ZIM adalah sebuah syarikat GLC milik Kerajaan Israel. Mari kita kenali apa itu ZIM Intergrated.

Ownership and Management

Enjoying a strong support from its owners, market-leading holding company Israel Corporation, ZIM is poised to cope with current and future market conditions, while continuing to give customers top-notch services.

The Israel Corporation holds 98% of Zim shares. The Ofer Group is the majority shareholder of the Israel Corporation (57%), with the remaining shares held by Bank Leumi L’Israel (20%) and the public.

The Israel Corporation’s shares are listed on the Tel Aviv Stock Exchange (TASE: ILCO)

Boleh rujuk di  http://www.zim.com/content.aspx?id=158&l=4 

Pada 16 Feb 2012 yang lalu, Jingga 13 telah meninjau dan telah merakamkan dan mengesahkan tentang kehadiran 2 buah kapal Israel iaitu ZIM U.S.A dan ZIM Atlantic yang mana salah satunya dilaporkan berlayar terus dari Haifa, Israel ke Pelabuhan Klang.




Setiap hari kita ditaburkan dengan berbagai-bagai fitnah terhadap DSAI kononnya menyokong Israel melalui kuasa media utama seperti Utusan Meloya, TV1,2 & 3 suku disebabkan oleh serangkai ayat. Sedangkan dalam masa yang sama tidak pernah sekalipun orang yang dituduh itu diberikan peluang untuk menerangkan atau menjawab sendiri tentang statement yang dikeluarkan itu sebaliknya rakyat hanya ditanamkan dengan fitnah dan propaganda jahat yang bermotifkan politik.

Statement yang diputar belitkan tidak menjamin apa-apa (hanya sekadar diatas kertas sahaja) manakala hakikat dan realiti yang diperlihatkan akan menyerlahkan siapa yang bijak dan siapa yang bangang terlampau-lampau. Kini bagaimana pula Umno/Bn nak menafikan perkara yang benar-benar berlaku. Sebagai Kerajaan Malaysia membenarkan urusan dagangan dengan Israel sama ada secara langsung @ tidak langsung hanyalah akan membantu Israel terus menghentam bumi Palestin.

P/S : Apalah ertinya menyokong Palestin walhal pada masa yang sama si HIPOKRIT ni membantu pula Israel....

Continue Reading | Like

Defisit negara turun temberang Najib- Dr Dzul

Friday, 17 February 2012

KUALA LUMPUR 16 Feb: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta tidak temberang kepada rakyat dengan mengatakan defisit negara telah turun, tegas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.
Add caption
Menurutnya, pengumuman Najib bahawa defisit turun dari 5.6 % pada 2010 kepada 5.0 %  pada 2011 adalah tidak benar, disebabkan sikap boros kerajaan berbelanja besar melalui cara off-budget.
“Suka Pas dan Pakatan ingatkan Najib, negara Greek bankrap kerana berbelanja besar melalui cara off-budget atau off-balance sheet sebegini,” katanya.
Katanya, kerajaan BN berbelanja bukan sahaja menggunakan peruntukan dalam belanjawan tetapi juga di luar belanjawan atau perbelanjaan off-balance sheet.
Ia katanya dalam bentuk Liabiliti luar jangka (contingent liablities) iaitu hutang kepada pihak Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) seperti IMDB, SPNB, PTPTN, MAS dan lain-lain yang dijamin kerajaan Pusat.

Hutang awam melebih paras 63% KDNK
Menurut Dr Dzulkefly, angka defisit sebenar adalah jauh lebih besar sekaligus angka defisit fiskal juga berada pada peratus lebih tinggi nisbah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Beliau merujuk laporan Kementerian Kewangan yang melaporkan hutang ‘contingent liabillities’ sudah ke paras RM97 bilion.
“Pertama hutang awam sebenarnya bukan RM456 bilion atau 53.5 % KNDK tetapi sudah pun melepasi 63 % KDNK atau melepasi had hutang yang dizinkan  oleh Akta Pinjaman Kerajaan (1983) yang menghadkan pinjaman kerajaan pusat terhad pada paras 55 % dari KDNK.
“Maka pada hakikatnya Kerajaan BN-Najib sudah melepasi had 55 % KDNK!,” katanya merujuk laporan The Edge FinancialDaily hari ini dengan tajuk muka depannya menyatakan hutang awam sudah tidak lagi mapan.
Menurut beliau kepada Harakah Daily, Najib sekali lagi mahu ‘mengelabui’ mata rakyat dengan defisit fiskal (kewangan).
Katanya, selama 13 tahun kerajaan BN  berterusan berbelanja  dan berhutang besar samada semasa mewah dengan tidak menabung dan semasa ekonomi lembap dengan alasan mengepam ekonomi.
“Kini Najib jangan nak temberang rakyat lagi dan perlu segera menguruskan kewangan negara dengan berhemah dan mapan seperti yang ditegur dan dikritik oleh Laporan Ketua Audit Negara!” kata beliau.
Beliau meminta Najib menerima hakikat bahawa negara berdepan dengan ekonomi dunia yang menguncup dan tidak menentu, maka adalah mustahak untuk menentukan keutamaan dalam berbelanja dan meringankan  beban rakyat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26757
Continue Reading | Like

UMNO/BN HIPOKRIT.....sebelah tangan menghulur bantuan (kepada Palestin) sebelah tangan memberi dana (kepada Israel)



Benarkah Malaysia tidak iktiraf Israel? Benarkah Malaysia tidak benarkan sebarang hubungan diplomatik dengan Israel?  Benarkah dakwaan bahawa Anwar membela Israel?
Semua dakwaan BN-UMNO adalah tidak benar. Dakwaan BN-UMNO adalah mengelirukan dan melambang hipokrasi. Apa yang SAH dan JELAS ialah BN-UMNO mengiktiraf dan membela Israel.

Bendera Isreal berkibar di PWTC Kuala Lumpur MALAYSIA
Bagaimana pula bendera Israel boleh berkibar di bangunan UMNO ? Bukankah ini satu pengiktirafan oleh BN-UMNO terhadap Israel? Apakah ini bukan hipokrasi UMNO?

Kapal dagang Israel keluar masuk Malaysia


Zim Israel Navigation Company ialah syarikat perkapalan milik Israel, sepertiman  MISC, syarikat perkapalan nasional Malaysia.  Kita boleh layari  www.zim.co.il mengenai syarikat perkapalan Zim boleh dilayari melalui . Di bawah tajuk sejarah, ditulis: Bermula dengan permulaan bersejarah pada 1945 sebagai kapal pengangkut imigran (kaum pendatang) dari wilayah berperang Eropah ke negara harapan bernama Israel, ZIM kini menjadi salah sebuah syarikat perkapalan terbesar yang beroperasi di seluruh dunia. (From historic beginnings in 1945 as a carrier of immigrants from war-torn Europe to the nascent state of Israel, ZIM has become one of the world‘s largest shipping companies with operations throughout the world.)

Di serombong asapnya (funnel) terpampang bendera Israel – tujuh bintang yang dengan megahkan berlabuh di pelabuhan Malaysia ! Sebab ini adalah undang-undang yang ditetapkan...setiap kapal yang ingin berlabuh disesuatu pelabuhan kenalah mengibarkan bendera tempat kapal itu didaftarkan beserta dengan bendera negara yg dikunjuginya, Kebanyakan pegawai dan anak-anak kapal itu terdiri daripada rakyat Israel.

Zim Israel Navigation Company atau Zim Lines juga mempunyai anak syarikat penuhnya iaitu Gold Star Line. Nama kapal-kapalnya ialah: New Asia Middle East Express, China Vietnam Express, East Mediteranean Express, Far East Africa Express dan Chittagong Malaysia Express.   Gold Star Line ini berpangkalan di Hong Kong. Di negara Islam seperti Pakistan, Bangladesh, Indonesia – Zim beroperasi di bawah nama Gold Star Line.  Ada antara kargo dari kapal Zim dikatakan melalui proses pelabelan semula (relabelling) di Singapura sebelum memasuki Malaysia. Difahamkan antara kargo yang dibawa masuk ke Malaysia ialah buah oren dan epal di bawah nama HIFA.

Jelas tercacat nama Israel di borang JK69

Juga terdapat alamat dicatitkan di dokumen rasmi kastam



Dan yang terbaru ,16 Febuari 2012, dua buah kapal milik syarikat perkapalan Israel, ZIM USA dan ZIM Atlantic dilihat berlabuh dan menurunkan ratusan kontena di Pelabuhan Klang (Westport).

Sila lihat bukti gambar-gambar di bawah.

Buat pengetahuan anda, kedua-dua kapal Israel ini berlayar terus dari Haifa, Israel ke Pelabuhan Klang. Apa maknanya?

Ini bermakna kedua-dua kapal ini mengisi barang-barang di dalam kontena mereka di Pelabuhan Haifa, Israel tanpa singgah di mana-mana negara lain, terus ke Pelabuhan Klang.




Menghentam Anwar Ibrahim hanya kerana sepotong ayat, kononnya untuk menunjukkan merekalah pejuang anti Israel, benci Israel, pejuang Palestin. Sebelah tangan menghulur bantuan (kepada Palestin) sebelah tangan memberi dana (kepada Israel).....HIPOKRIT

Apalah ertinya menyokong Palestina –Gaza, sedangkan di waktu yang sama Si hipokrit yang sama juga yang membuat hubungan dagangan  yang menyokong Israel serta membayar RM 77 juta dan menggunakan khidmat APCO ( Zionis Yahudi )
Continue Reading | Like

Melayu sebagai ahli lembaga pengarah Carlsberg ! apa kata hasan ali ?

Tuesday, 7 February 2012


Allah melaknat 10 golongan yg terlibat dengan arak, dari peminumnya sampailah kepada tukang isi minyak van edar arak.

kalau kes macam ni, apa ceritanya ek?

"Dato’ Mohamed Razali Bin Mohamed Yusoff, aged 65, a Malaysian, was appointed to the Board on 09 November 2011.

Dato' Mohamed Razali is an entrepreneur and the Executive Chairman of his own company, Nusantara Technologies Sdn Bhd, which was incepted as a joint-venture company in 1991, with SAO Industrial Services Pte Ltd, a member of the Singapore Technologies Group. The company is an integrated inspection and testing laboratory servicing the oil and gas industries, both locally and internationally.

Previously, Dato' Mohamed served as the Group Chief Executive of Arab-Malaysian Bank Group from 1981-1983 and the General Manager of Dunlop Industries Malaysia Berhad from 1968 to 1981.
He is involved in various activities connected with industries and technology especially as a Council Member of the Malaysian Industrial Development Authority (MIDA), Technical Committee of NPC (National Productivity Corporation) which awards the Prime Minister’s Awards for Quality Management and an Executive Director of the Business Council for Sustainable Development Malaysia.

He is also a member of the ISO Technical Committee for environmental standards through his representation on the SIRIM Environmental Management Committee, representing Malaysia in the International Organisation for Standardisation.

In the past, he has served as Vice-President of the F.M.M (Federation of Malaysian Manufacturers), President of Malaysian Canada Business Council, Chairman for AEAN EEC Business Council and many other bilateral organisations."

(sumber - Carlsberg Brewery Malaysia's official website)

Hassan dipecat daripada PAS selepas beliau melancarkan serangan secara verbal terhadap kepimpinanan parti. Beliau juga menyerang rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dan menuduh mereka menutup mata dalam kes memurtadkan orang Islam kepada Kristian.

** wahai pejuang IMR (Islam, Melayu dan Raja) yg dikasihi, tak nak komen apa2 ke berkenaan kes ni ?

INI PUN MASALAH AKIDAH JUGAK TAU!

p/s - masalah akidah bukan sekadar gejala murtad je ye... 
sekiranya engkau tidak mampu menjadi garam yang menahan daging daripada menjadi busuk, maka jangan lah engkau menjadi langau yang kerja nya membusuk kan daging.
Continue Reading | Like

Program Rapat Rakyat - 4 Disember 2011

Monday, 5 December 2011


Salam
Dihadiri oleh pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat. Antara intisari ucapan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat :

  • ‎- Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau yakin Selangor di bawah pemerintahan beliau lebih baik dari Selangor 3 tahun dulu.
  • - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat - "Kita (PAS) tak jadi alat untuk DAP, tapi Umno yang jadi alat untuk MCA"
  • - Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang - "Untuk menegakkan sebuah negara yang adil, kepimpinan hendaklah berlandaskan kepada Islam. Mesti ikhlas dan bertanggungjawab. Tapi Umno sendiri yang menghilangkan jati bangsa Melayu, mendahulukan Melayu tapi membelakangkan Islam" .
  • - Lim Kit Siang - "Kami (DAP) memang sokong seratus peratus agama Islam adalah agama rasmi negara ini"
  • - Lim Kit Siang - "Beri peluang PM Datuk Seri Najib menjadi pemimpin parti pembangkang selepas PRU -13 untuk membawa lebaran baru kepada pemerintahan yang adil"
  • - Anwar Ibrahim "Tahun ini perhimpunan agung Umno yg terakhir, selepas pilihanraya, Dato Najib automatis jadi ketua pembangkang".
  • - Datuk Seri Anwar Ibrahim - "Muhyidin dan Najib kata akan tawan Selangor, saya akan jawab kamu boleh impikan untuk tawan Selangor, tapi kami akan tawan Putrajaya!"

Gambar-gambar sekitar Program Rapat Rakyat Pakatan Rakyat.

Kehadiran orang ramai menunjukkan sokongan ke atas Pakatan Rakyat walaupun didalam suasana hujan









Dibawah ini adalah antara sedutan ceramah yg disampaikan. Buat masa ni belum ada video penuh yang dah diuploadkan dan jika ada nanti akan diupdatekan......



















Gendang perang telah dipalu.....
 
ULAM TEPUS BERSAMBAL CUKA,
KUAH KUHIRUP BEGITU RAKUS, 
BIAR MAMPUS MEREBUT PUSAKA, 
DARI HIDUP BERGELAR DAYUS
Continue Reading | Like

Forum - Mat Indera - Pejuang @ Pengkhianat Kemerdekaan.

Saturday, 10 September 2011

Salam
Forum : Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Kemerdekaan?
Forum Ini Diadakan Di KLSCAH KL-Selangor Chinese Assembly Hall.
3 Panel Yang Hadir Adalah 
- Prof Dr Abdul Aziz Bari,pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
- Hishamuddin Rais 
- Mohamad Sabu,Timbalan Presiden PAS

UNTUK PENDENGARAN & SEBARAN UMUM

























Continue Reading | Like

Azmil Mustapa a.k.a Ali Setan akan dikenakan tindakan....?

Tuesday, 30 August 2011

Salam
Hu hu hu sedih sungguh melihat apa yang berlaku...Pendakwah pun nak dikenakan tindakan...yang terang-terang hina agama dan yang nak jadi kapir tak dibuat apa-apa. Pantas sungguh bertindak. Teringat aku dulu ada satu artis yang hina isteri nabi....sampai sekarang tak de apa-apa pun...yang sampai menghina agama pun masih ada lagi sampai ke hari ni tapi semuanya di senyapkan dan di lepaskan begitu saja. Hu hu hu.... berikut adalah petikan yang aku petik dari Sinar Harian.

Polis akan ambil tindakan terhadap Azmil Mustafa

SHAH ALAM – Polis akan mengambil tindakan terhadap seorang pelakon yang kini menjadi pendakwah bebas, Azmil Mustafa, didakwa mengkafirkan kerajaan dan sistem diguna pakai ketika menyampaikan tazkirah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, Petaling Jaya, 19 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada Azmil Rabu lalu dan dia disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai tindakan yang akan dikenakan terhadap Azmil.

“Saya tidak boleh beritahu tindakan yang akan kita ambil selepas ini. Sampai masanya, kita akan ambil tindakan ikut undang-undang sedia ada,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sebelum ini, akhbar melaporkan, Azmil didakwa mengkafirkan kerajaan dan mengecam sistem pemerintahan sekarang dalam satu ceramah di hadapan 300 jemaah.

Bertuah sungguh Azmil Mustafa kerana mendapat hidayah dari Allah SWT...teruskan perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah SWT di bumi Malaysia ini dan sama2 kita berusaha memberi kesedaran kepada juak2 umno bn yang buta kayu tentang islam ....yang masih menggunakan kepala lutut untuk berfikir...... Sebabnya apa yang dinyatakan oleh Azmil Mustafa itu adalah mengikut syariah islam.

Taat kita hanya kepada Allah dan kalau untuk pemimpin pun mestilah pemimpin yg bersandarkan hukum Allah..Azmil tidak keseorangan dalam menyebarkan dakwah dan menyedarkan golongan yang angkuh dan sombong ini...mungkin mereka merasa hebat kerana dah terlalu lama berkuasa...Tahniah Azmil......BERANI KERANA BENAR....zaman dulu pun ramai alim ulamak yang kena bunuh, ditangkap kerana berkata benar....

“Setiap kenyataan yang saya keluarkan disertakan dengan hadis dan semua yang dibangkitkan itu terkandung dalam al-Quran. Malah, saya dibenarkan JAIS untuk mengadakan ceramah sepanjang Ramadan,”.........AZMIL MUSTAPA

P/S : Namawee, Ayah Pin, Mahathir Mohamad dan ramai lagi yang lain - semua belum kena apa2 pun.........Hu hu hu





Continue Reading | Like

Dr Asri dedah Pejabat Zakat tipu janda & JKM tak layan

Sunday, 28 August 2011

Janda ditahan JAIS tak murtad, gereja tolong langsaikan sewa rumah
Salah seorang daripada 12 hadirin beragama Islam pada majlis makan malam di sebuah gereja yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) awal bulan ini menegaskan, dia tidak pernah murtad.
Sebaliknya, dia seorang janda mendapatkan bantuan dihulurkan dengan ikhlas oleh gereja ekoran “desakan hidup.”
Gereja Methodist Damansara Utara diserbu Jais pada malam 3 Ogos lalu ketika mengadakan majlis makan malam muhibah anjuran pertubuhan bukan kerajaan Harapan Komuniti.
Dalam pengakuan kepada bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, wanita tersebut dipetik berkata semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan pada 3 Ogos lalu, dia berada bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya.
Katanya, walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad.
“Cuma ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. Namun, menurutnya memang ada yang murtad,” katanya dipetik Asri dalam tulisannya dihantar kepada media hari ini.
Kata Asri lagi, “alhamdulillah dia masih kekal dengan keIslamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup.”
Asri menambah, terus-terang dia sebut “semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya.”
Dia mempunyai tiga orang anak.
Masih seorang muslim
“Semasa saya menziarahinya — tanpa notis awal — dia baru sahaja selesai menunaikan solat tarawih.
“Menurut dia memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan. Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru Muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit Aids dan juga Muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan,” kata beliau lagi.
Beliau mengadakan pertemuan dengan salah seorang daripada 12 hadirin itu, yang telah disoal siasat oleh Jais baru-baru ini dan diberikan kaunseling, minggu lalu. Tetapi nama wanita itu tidak diberikan.
Sambil berkata apa yang hendak dipelikkan, Asri menulis lagi, “begitulah tabiat agama yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan.”
“Apa yang hendak pelik jika gereja mengajar ajaran Kristian kerana itu memang kerja gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam.
“Namun yang pelik apabila ada negeri yang puluhan individu yang mempunyai PhD dan masters dalam pengajian Islam yang disahkan oleh kerajaan tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam,” kata ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia ini.
Malah dalam tulisannya, Asri berkata, menurut wanita tersebut lagi dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya.
“Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu. Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup.
“Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja,” katanya.
Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja, kata Asri lagi sambi berkata, menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja.
“Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi,” kata beliau lagi.
Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama mengetahui dia ke gereja, kata Asri, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar.
“Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya. Begitu juga pihak kebajikan masyarakat.
“Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu.
Mana krediabiliti pejabat zakat
“Dia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi. Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya. Terkapai-kapai ketika itu,” katanya.
Akhirnya menurut Asri lagi, maklumat yang diperoleh daripadanya menunjukkan pihak gereja juga yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut.
“Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang.
“Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan ‘tukaran’ yang tidak dapat saya maklumkan di sini,” katanya lagi.
Kata Asri lagi, wanita tersebut pernah mengunjungi pusat zakat dan Jabatan Kebajikan untuk mendapatkan bantuan sebaik ditinggalkan suaminya.
“Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit.
“Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama Kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan.
“Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan,” kata Asri sambil menambah, “pihak gereja membantu keperluan hidupnya.”
Katanya, diberikan wang dan menziarahi keluarganya, malah mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan “mesra dan sayang”.
“Hatinya terpaut dengan kehalusan budi. Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya,” tulis beliau lagi.
sumber :TMI

Continue Reading | Like

Hu hu hu....... Malaon manalah punya kerja......


Salam
Agak keterlaluan dan melampau apabila kain rentang yang digantung sebagai mengalukan kehadiran bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di sekitar Shah Alam diconteng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Malah beberapa wajah pemimpin PAS pada kain rentang itu diconteng dengan tanda salib. Kejadian tersebut dikesan berlaku sejak semalam di sekitar kawasan Seksyen 23, Shah Alam.
Antara wajah yang menjadi mangsa perbuatan khianat tersebut adalah wajah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Abdul Samad yang diconteng dengan dakwat merah. 

Kejadian itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama awal Ogos lalu yang kini hangat diperdebatkan semua pihak.

Berhubung isu itu, PAS menyatakan pendirian mereka agar Jais membuat pendakwaan jika mempunyai bukti wujud usaha mengkristiankan orang Islam.

Khalid ketika dihubungi Harakahdaily melahirkan rasa kesal dengan tindakan “puak-puak jahat” tersebut.

“Ini kerja orang yang tidak ada akhlak. Saya tidak mahu kata Umno yang buat tetapi rakyat tahu siapa yang buat ini dan dapat menilai sendiri,” katanya.
Menurutnya lagi, PAS tidak pernah membuat perkara serupa kepada mana-mana pihak walaupun tidak berpuas hati terhadap satu-satu isu.
“Conteng salib itu seperti tuduh orang jadi Kristian lah. Ini bukan benda ringan, tetapi dah mereka jahil nak buat macam mana,” katanya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Semakin negara merdeka dan menuju kemajuan semakin tidak bertamadun tindakan dan kelakuan sesetengah pihak. Pendapat aku pun lebih kurang sama dengan YB Khalid Samad juga tidak menuduh angkara siapakah perbuatan ini tapi kita sebagai rakyat Malaysia yang waras dapat menilai sendiri perbuatan siapakah ini. Sabotaj kain rentang ini sememangnya sudah menjadi semacam satu budaya di negara kita. Hu hu hu....Kepada malaon-malaon yang melakukan kerja-kerja gila ini aku nak cakap sikit kat korang ni....dalam bulan puasa ni kita di suruh membuat amal ibadat...syaitan pun dah kena rantai yang korang pulak yang berubah jadi syaitan kenapa ? Puasa ke x korang ni.....hu hu hu apa pun x boleh.
Continue Reading | Like

Penukaran Nama Majlis Syura Kepada Jawatankuasa Pendengaran

Wednesday, 24 August 2011


Kerajaan Negeri kesal dengan kekeliruan berhubung penggunaan nama 'Majlis Syura' bagi jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Methodist Church di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Justeru  kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk mengubah nama jawatankuasa tersebut kepada Jawatankuasa Pendengaran demi mengelakkan sebarang pertindihan dengan Majlis Syura Negeri Selangor yang diterajui MAIS.

Walaubagaimanapun, matlamat asal, gerak kerja dan keahlian jawatankuasa ini tetap sama dan selaras dengan perbincangan antara Dato' Menteri Besar dan DYMM Sultan Selangor.


Kerajaan Negeri berharap perubahan nama ini akan dapat merungkai sebarang kekeliruan yang wujud dan meneruskan segala usaha mencari penyelesaian berhubung isu DUMC dan JAIS bagi kesejahteraan rakyat jelata.


Kerajaan negeri tetap akan akur kepada segala nasihat dan titah yang diterima secara langsung daripada DYMM Sultan Selangor  serta bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan penyelesaian terbaik dalam isu ini.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
Continue Reading | Like

Pemutihan @ Kebiruan

Wednesday, 17 August 2011

Salam
Sebelum ini pendedahan mengenai kegiatan memberikan kerakyatan kepada pengundi, didakwa berlaku di Sepang, Hulu Selangor dan Shah Alam tetapi telah dinafikan oleh pihak-pihak yang terlibat. Namun penafian yang dibuat tidaklah membuktikan yang bahawasenya perkara tersebut tidak berlaku. Bila ada petuduhan pasti akan ada penafian. Bukankah itu sesuatu yang sudah menjadi lumrah. Namun pendedahan yang terbaru ini lebih agak mengejutkan.


Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin hari ini mendakwa, BN sedang "menyeludup pengundi dengan berselindung di sebalik program pemutihan pendatang asing." Zuraida Kamarudin juga mendakwa, beliau mempunyai bukti dan saksi bahawa usaha itu dijalankan melalui program pemutihan 6P yang sedang berjalan. Wah ! semakin panas isu ni nampaknya. Apakah perkara yang didakwa itu berlaku ? Pada akulah kalau betullah seperti yang didakwa berlaku ini seumpama mengadaikan kedaulatan negara.



Aku nak sentuh pula tentang bukti terbaru yang dikemukakan. Jika pun memerlukan sesuatu aku janji atau ikrar taat setia bagi menjadi rakyat Malaysia pandangan aku ayat yang berbunyi "Saya/suami/isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi UMNO / Barisan Nasional (BN)" adalah tidak wajar dan sememangnya tidak patut dimasukkan ke dalam lafaz tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawasenya ia seumpama membawa maksud tersirat seperti ucapan "You help me, I help you" .

Dan menurut Zuraidah surat ini didapati daripada program pemutihan 6P. Jika benarlah seperti yang didakwa perkara ini jelas-jelas menunjukkan jabatan-jabatan kerajaan digunakan untuk kepentingan tertentu. Memanglah Umno/Bn tu kerajaan yang memerintah Malaysia sekarang ni tapi itu tak bermakna setiap jabatan kerajaan itu bekerja untuk Umno/Bn. Setiap jabatan kerajaan adalah di bawah Kerajaan Malaysia bukan dibawah kerajaan Umno/Bn. Umno/Bn adalah parti politik yang hanya diamanahkan untuk menjadi kerajaan oleh rakyat Malaysia. Berbeza definasi antara Kerajaan Pemerintah dgn Parti Politik yang memerintah.

Pandangan akulah sebagai rakyat Malaysia yang memang dilahirkan di Malaysia beserta dengan Mak bapak aku, datuk-datuk aku, moyang-moyang aku (memang orang Malaysialah) sememangnya merasakan adalah tidak wajar perkara ini berlaku sama sekali. Pihak-pihak yang mempunyai kuasa dalam menangani perkara ini mestilah tampil dan melakukan siasatan sama ada memang benar wujud tentang perkara yang didedahkan ini ataupun sebaliknya. Perkara ini menjadi serius apabila ia melibatkan kedaulatan negara dan tidak boleh dibenarkan berlaku.

Pada pihak yang didakwa terlibat dalam isu ini janganlah melatah. Kalau betullah ia wujud LU ORANG NI memang PENGKHIANAT NEGARA lah a.k.a SAMPAH. Yang bersengkokol pun samalah juga x terkecuali. Perkara yang boleh membahayakan negara ni mestilah ditegah. Memanglah kita nak mengatasi masalah PATI di negara kita tapi renungkan balik sedalam-dalamnya dan tanya pada hati kita....Wajarkah perkara ini berlaku dan kenapa mesti berlaku ? Nanti korang akan dapat jawapannya. Di sudut lain pula memanglah kerajaan akan dapat menambahkan pendapatan hasil dari program ni tapi janganlah "Sambil menyelam minum air pulak".......

Kalau pun betul cara ini untuk mengatasi masalah PATI buatlah cara yang betul tanpa kepentingan pihak lain. Lakukannya untuk negara bukan untuk parti tertentu. Pandai ye Umno ....sambil menyelam minum air....tapi taklah bijak mana pun sebab bila banyak sangat minum air maka akan tersedak dan terus x boleh menyelam itupun kalau x mati lemas. Seperkara lagi janganlah jadikan Program Pemutihan ni bertukar menjadi Program Kebiruan pulak........lol ;).
Continue Reading | Like

Dekan UM: Alasan SPR tolak tuntutan Bersih 2.0 memalukan

Saturday, 13 August 2011

KAJANG, 13 Ogos — Seorang dekan Universiti Malaya hari ini membidas alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menolak lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) sambil menyifatkan ia satu keputusan “memalukan.”
Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Prof Dr Redzuan Othman berkata tindakan SPR menolak untuk melaksanakan tidak wajar kerana kesemua tuntutan itu boleh dilakukan badan pengurusan pilihan raya itu.
Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
“Jawapan yang diberikan tidak melambangkan satu intelektual dalam SPR yang mana SPR kata tidak boleh (laksanakan), akses media dia (SPR) kata parti politik boleh gunakan media elektronik, tempoh kempen... SPR kata melibatkan soal keselamatan.
“Dalam pilihan raya umum di Malaysia, saya lihat sejak 1974 tidak ada satu pergaduhan dan tiada pertumparan darah, kalau ada pun disebabkan kemalangan semasa pilihan raya,” katanya pada forum Reformasi Pilihan Raya dan Pemurnian Demokrasi anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di Kolej Dar Al-Hikmah, Sungai Ramal Dalam di sini.
Justeru tegas Redzuan, SPR perlu memandang serius tuntutan yang dikemukakan Bersih 2.0 sehingga membawa perhimpunan aman pada 9 Julai lalu di ibu negara.
“Isu keselamatan bukan alasan untuk kurangkan tempoh berkempen, undi pos pula SPR kata ramai pelajar kita di luar negara tapi dulu, semasa saya masih belajar di luar negara, semasa tiba pilihan raya saya pergi ke kedutaan (untuk mengundi) tapi tiada, saya tidak mahu sebut tuntutan lain...hujah yang diberikan SPR memalukan.
“Proses pilihan raya harus melambangkan rakyat merasakan keadilan, peranan SPR, saya lihat dalam soal tempoh berkempan dulu sejak 1955 tempoh berkempen selama 42 hari, kemudian pada 1969 35 hari, pada 2004 tempoh dipendekkan kepada lapan hari ini benarkan Barisan Nasional (BN) menang besar begitu juga dengan akses media, pembangkang tidak dapat akses media,” katanya.
Selain Redzuan, turut menjadi ahli panel adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan Pengarah Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Wan Mohd Firdaus Wan Mohd Puaad.
Sebelum ini Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya tidak boleh melaksanakan tuntutan Bersih 2.0 dengan alasan tidak mempunyai kuasa.
Justeru beliau meminta Bersih 2.0 yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreenevesan agar mengemukakan lapan tuntutan berkaitan pembaharuan sistem pilihan raya kepada Putrajaya, bukannya kepada agensi itu.
Jelas Wan Ahmad, SPR tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melaksanakan lapan tuntutan itu kerana ia terikat dengan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.
Lebih menjurus kepada lapan tuntutan Bersih 2.0 terutamanya akses media yang bebas dan adil, Redzuan meminta agar Putrajaya mencontohi Singapura yang membenarkan semua calon bertanding mendapat kebebasan media termasuk melalui televisyen.
“Kenapa kita tidak ikut Singapura, parti-parti politik diberi peluang untuk mendapat akses media, walaupun sehari sebelum hari mengundi semua calon tidak dibenarkan berkempen, namun mereka diberi peluang untuk bercakap di televisyen.
“Tapi di Malaysia media menggambarkan suasana pilihan raya sebagai perang, media memberikan gambaran yang tidak elok tentang pembangkang... tuntutan adalah tuntutan rakyat Malaysia, masyarakat sekarang tidak sama dengan masyarakat dulu... masyarakat hari ini tidak mahu diperbodohkan,” katanya.
Isu pengurusan pilihan raya semakin hangat baru-baru selepas Pakatan Rakyat mendedahkan banyak kepincangan dan penyelewengan dalam daftar pemilih termasuk tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat.
Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR.
Pakatan Rakyat turut meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan perkara itu.
Pada sidang media semalam, SPR menafikan dakwaan bahawa badan pengurusan pilihan raya itu sengaja membenarkan pemastautin tetap menjadi pengundi yang sah.
Sebaliknya, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ia hanya kesilapan teknikal yang berlaku semasa proses pendataan JPN namun dikecam PAS.
sumber : The Malaysian Insider
Continue Reading | Like

Kisah Benar Melayu/ Islam Berlindung Di Gereja

Thursday, 11 August 2011




Harapan Komuniti – NGO yang menganjurkan majlis makan malam amal yang diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu kerana didakwa ada kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam – tampil membuat penjelasan tentang apa yang berlaku pada malam tersebut.
Pengarah eksekutif NGO itu – yang membantu golongan miskin dan ‘melarat’ dan penghidap HIV dan AIDS – Raymond Koh berkata majlis kesyukuran/makan malam amal itu dihadiri penderma, rakan-rakan serta penerima bantuan Harapan Komuniti” sebelum ia diserbu 30 pegawai penguatkuasa JAIS dan polis.
Katanya, Harapan Komuniti adalah sebuah pertubuhan bukan keuntungan, yang berkhidmat untuk membawa kasih sayang, harapan, keamanan dan maruah kepada golongan yang memerlukan, orang miskin, kanak-kanak, wanita dan penghidup HIV dan AIDS.
Sementara peguam mereka pula, Annou Xavier berkata Malaysia sepatutnya bernasib baik kerana mempunyai pertubuhan seperti Harapan Komuniti yang memberi “harapan” kepada golongan yang memerlukan, orang miskin dan golongan terpinggir.
Bagaimanapun, katanya, pada “malam yang malang itu”, JAIS sebaliknya menyerbu majlis amal kesyukuran tersebut, atas andaian bahawa berlaku kes penukaran agama.




Contohnya di sebuah gereja yang terletak di atas bukit di Batu Arang, Rawang, Selangor.
Ada pihak yang mendakwa ia bukanlah gereja daripada erti kata yang sebenarnya, tetapi sudah bertukar menjadi Rumah Perlindungan HIV yang dikendalikan sekumpulan mubaligh Kristian.
Ia ada salib yang besar, setiap pintu bilik digantung gambar Jesus Christ, ada kata-kata yang dipetik dari buku Bible dan terdapat sebuah dewan syarahan besar yang penuh dengan lambang agama berkenaan.
Mereka mendakwa mereka membantu para pesakit HIV/AIDS yang terbiar di jalanan, tanpa ada niat yang ‘terselindung’. Ini kerana masyarakat Melayu atau Islam sendiri memandang keji terhadap golongan ini hingga mereka tidak tahu ke mana hendak mengadu. Akhirnya mubaligh Kristian membawa mereka ke rumah perlindungan atau gereja seperti di White House ini. Walaupun pihak gereja ada menyediakan bilik kecil yang mereka dakwa surau untuk membolehkan penghuni Islam beribadat, namun realitinya kehidupan penghuni Islam di situ tidak ada banyak bezanya dengan penghuni bukan Islam.




Menurut Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Dr. Ab. Aziz Mohd. Zin memang ada kebenaran mengenai dakwaan pendekatan dakwah Islam lemah dari segi psikologi berbanding gerakan mubaligh Kristian. Kata Dr. Abd. Aziz, Ini kerana ramai pendakwah kita melihat kerja dakwah ialah menyebar agama kepada golongan sasar tanpa melihat keperluan dan keadaan diri mereka.Ini menyebabkan kalau keadaan itu sesuai dengan seseorang, ia akan diterima. Jika tidak, usaha itu akan gagal.
Agensi-agensi yang diberi amanah harus melaksanakan amanah mereka dengan bersungguh-sungguh.
Adalah mudah untuk mencari kesalahan tetapi itu tidak akan menyelesaikan masalah, tindakan yang pro-aktif perlu disemai dalam setiap sanubari agar golongan sebegini dapat dibantu dalam menjalani kehidupan yang singkat ini
Yang paling penting, sekiranya kita tidak mahu iman dan akidah saudara kita dipesongkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, kita sendiri terlebih dahulu kena menghulurkan tangan dan menarik mereka keluar dari segala kesulitan ini.
Continue Reading | Like

UMNO jangan jadi munafiq...

Wednesday, 10 August 2011




Lakonan Umno kononnya mahukan akta mencegah murtad langsung tidak boleh dipercayai kerana inisiatif mengenai perkara itu berkali-kali ditolak, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Saya bercakap mengenai pengalaman peribadi kerana dalam sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006, saya mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad.

"Rang undang-undang itu bukan sahaja tidak dipedulikan oleh ahli-ahli Parlimen Umno malah ditolak mentah-mentah," katanya.

Selepas itu, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, sekali lagi beliau mengemukakan usul yang juga meminta Dewan Rakyat mewujudkan undang-undang mencegah murtad seperti meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam.

"Usul itu juga tidak dipedulikan oleh kerajaan dan ahli-ahli Parlimen Umno," katanya

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi dilapor mencadangkan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan bagi memastikan tiada usaha memurtadkan umat Islam berlaku di negara ini.

Menurut Salahuddin, usaha yang dibawa oleh pihak PAS mengenai perkara itu dibuat berkali-kali selepas Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang mengemukakan usul dan rang undang-undang persendirian untuk mencegah murtad.

Pada 25 Mac 1988, Tuan Guru telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi ditolak.

Selepas itu, pada 2 November 1999, Tuan Guru juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.

"Penolakan usul dan rang undang-undang persendirian mengenai murtad yang berlaku berkali-kali itu membuktikan Umno langsung tidak berminat untuk mencegah jenayah syariah paling serius itu.

"Sebab itulah umat Islam tidak seharusnya tertipu dengan gelagat gerombolan kuda tunggangan Umno yang kini nampak benar menunjuk-nunjuk kononnya mereka mahu mencegah murtad," tegas Salahuddin.

Beliau juga berharap rakyat menolak lakonan dan permainan gerombolan kuda tunggangan Umno itu kerana mereka adalah hipokrit sebenar.

"Amat hipokrit apabila bercakap hendak menentang gejala murtad tetapi pada masa yang sama menjadi kuda tunggangan Umno yang berkali-kali menolak usaha untuk mencegah murtad.

"Menolak inisiatif dan usaha untuk menentang murtad melalui peruntukan undang-undang dan perlembagaan hakikatnya menentang dan memusuhi usaha mencegah jenayah syariah paling serius itu," kata Salahuddin.

Beliau juga mempersoalkan di mana suara Umno ketika umat Islam bangkit menentang kes-kes murtad seperti kes Aishah Bukhari, Hartina Kamaruddin dan Lina Joy.

"Malah Umno juga berdiam diri ketika umat Islam bertindak menentang pindaaan 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dan ketika 10 menteri dari Barisan Nasional bertindak mempertikaikan perkara 121 (1A) itu dengan tujuan untuk membunuh kuasa mahkamah Syariah serta membolehkan mahkamah sivil memansuhkan keputusan mahkamah Syariah,"
Jadi umno janganlah jadi munafiq sangat sebab sejarah x pernah berbohong....cuba renungkan perkara-perkara yg berlaku....cari penyelesaian bukan hanya tahu menunding jari je kerana 1 jari menunjuk ke arah orang lain tetapi 4 jari lagi menunjuk ke arah diri sendiri.
Continue Reading | Like
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger