Home » , » Kisah disebalik Anwar-Mahathir-IMF - 1997

Kisah disebalik Anwar-Mahathir-IMF - 1997


Mungkin ramai yang tidak tahu apa yang berlaku disebalik kisah Anwar-Mahathir-IMF pada tahun 1997. Kita hanya dimomokkan dengan cerita yang negatif sebalik kisah sebenar diselindungkan bagi memburuk-burukkan seseorang. Walaupun hanya cadangan dan cadangan itu mempunyai sebab yang kukuh cadangan itu ditolak oleh Mahathir namun cerita yang disebarkan seumpama insan yang bernama Anwar sebagai agen IMF.

Kenapa dan Mengapa Anwar nak terima cadangan IMF ?

Anwar menyokong Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan World Ban dalam pelan pemulihan ekonomi. Beliau juga memulakan pakej penjimatan yang memotong perbelanjaan kerajaan sebanyak 18%, seperti memotong gaji menteri dan projek-projek utama yang tertunda. “Projek-projek Mega”, yang telah menjadi asas kepada strategi pembangunan Mahathir, banyak disekat. Walaupun banyak syarikat Malaysia yang bakal menghadapi kebankrapan, Anwar menyatakan: “Bail out tidak akan berlaku dan mana-mana bank akan dibenarkan untuk melindungi diri mereka dan kerajaan tidak akan campur tangan.” Anwar menyokong pendekatan pasaran bebas, termasuk pelaburan asing dan liberalisasi perdagangan.

Anwar Ibrahim telah menolak semua usaha untuk “Bail Out” kroni-kroni Mahathir dan Daim yang melarat pada masa itu. Sebelum 1997, para kroni seperti Halim Saad, VinSetan, Anandha Krishnan, Tajuddin Romli, Wan Azmi Gendut, Tajuddin Othman dsbnya, hidup dalam kemewahan menikmati kekayaan negara yang diberikan kepada mereka. Sedikit pun rakyat Malaysia tidak merasai nikmat yang dinikmati oleh kroni-kroni ini.

Tapi, bila bisnes mereka terlungkup, maka rakyat Malaysia terpaksa membayar kerugian kroni-kroni ini. Anwar sebagai Menteri Kewangan pada masa itu, telah menentang usaha-usaha menyelamatkan kroni-kroni ini dengan duit rakyat. Tindakan Anwar ini telah menyebabkan Anwar dilabel sebagai Agen IMF.

Jika sekiranya kita melihat contoh Korea Selatan yang telah mengambil pinjaman IMF, mereka telah membiarkan syarikat-syarikat Korea Selatan bangkrap dan tidak diselamatkan oleh kerajaan (dipanggil chaebol.) Syarikat seperti Kia Motors dibiarkan bangkrap dan dibeli oleh Hyundai. Samsung Motors dibiarkan ditutup begitu sahaja. Malahan, syarikat pembuat minuman Korea, telah dijual kepada Coca Cola. Dari 30 lebih “cheabol” yang wujud sebelum 1997, hanya 18 sahaja yang mampu bertahan. Kerajaan Korea Selatan tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang bangkrap.

Tidak seperti Mahathir yang menyelamatkan syarikat2 yang rugi dan tidak berdaya maju. Kerajaan Korea telah membuat reformasi ke atas "chaebol"2 ini. Mana yang tidak berdaya maju, telah ditutup selaras dengan kehendak dan syarat2 IMF. Hanya yang berdaya maju sahaja dibiarkan hidup. Anwar Ibrahim tidak setuju dengan “bail-out” Mahathir. Duit rakyat patut digunakan untuk membantu rakyat Malaysia diwaktu kesusahan yang begitu teruk pada masa itu akibat kejatuhan ekonomi 1997. Tapi Mahathir mahu duit rakyat digunakan menyelamatkan kroni-kroni beliau. Rakyat Malaysia boleh pergi jahanam.


IMF bolehlah diumpamakan sebuah badan kewangan yang memberikan pinjaman dan akan memastikan pinjaman yang diberikan dibayar semula. Ini termasuklah menyediakan pelan pemulihan ekonomi bagi memastikan negara itu boleh bangkit dan pulih dari kesan krisis. Mana ada negara yang mengambil pinjaman IMF telah diamabil alih oleh IMF. Kita lihat sahaja di Greece (sebuah negara yang telah diistihar bangkrup IMF masih lagi membantu negara tersebut). Itulah perniagaan, itulah ekonomi dan itulah pusingan modal.

IMF juga akan memastikan pelaburan akan masuk ke negara yang meminjam daripadanya. Kita lihat sahaja Indonesia yang meminjam dengan IMF kini kemasukan FDInya telah mengatasi Malaysia. Ini adalah salah satu usaha IMF bagi memastikan pinjaman yang dibuat oleh Indonesia dibayar.

Kalau kita lihat syarat IMF pada tahun 1997 kepada mereka yang mendapat bantuan IMF adalah:

“the maintenance of a sound fiscal policy, including through providing for rising budgetary costs of financial sector restructuring, while protecting social spending. Once the severity of the economic downturn in the affected countries became clear, fiscal policy was oriented toward supporting economic activity and expanding the social sector safety net.”

 dan..

"structural reforms to remove features of the economy that had become impediments to growth (such as monopolies, trade barriers, and nontransparent corporate practices) and to improve the efficiency of financial intermediation and the future soundness of financial systems; "

Ini bermakna negara yang mendapat bantuan IMF tidak dibenarkan menyelamatkan syarikat-syarikat yang bangkrap dan tidak mampu menyelamatkan diri mereka pada masa berlakunya krisis 1997. Inilah sebabnya Anwar dituduh sebagai pro IMF. Tapi, Korea Selatan berjaya membayar balik pinjaman IMF yang mereka buat dengan tidak mengamalkan “bail-out” ala Mahathir.

Mengikut laporan di bawah:

South Korea on Thursday paid back the remaining $140 million in debt it owed the International Monetary Fund (IMF), part of $6 billion in stand-by loans the country received from the IMF following the Asian financial crisis of late 1997. The government said repayment of the bailout loans extended by the international lending agency was carried out well ahead of the original debt service timetable set for May 2004, reflecting the country's progress in recovering from the crisis. The original IMF rescue package for South Korea totaled $19.5 billion, comprising the $6 billion in stand-by loans and $13.5 billion in supplemental reserve facility (SRF) loans.

Jadi, mereka yang kata IMF akan menghancurkan Malaysia nampaknya salah. Kalau Korea Selatan boleh hidup dan menjadi lebih maju dengan bantuan IMF, mengapa tidak Malaysia? Tapi, demi menyelamatkan kroni2 Mahathir, maka terpaksalah kita hidup dalam eknomi yang tersedak seperti sekarang. Kita sanggup fitnah Anwar Ibrahim semata-mata Anwar tidak mahu menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan kroni2 Mahathir dan Daim yang tidak reti meniaga.

“Sering diwar-warkan bahawa Malaysia tidak mahu menerima bantuan IMF dan Bank Dunia kerana kononnya bantuan tersebut akan memburukkan lagi keadaan kewangan kita. Pada 1998, Malaysia telah melaksanakan kawalan matawang yang telah membantu ia pulih” Kedua-dua kenyataan ini adalah pembohongan. Mahathir sebenarnya enggan menerima bantuan IMF kerana mereka tidak akan bersetuju untuk menyelamatkan syarikat-syarikat tidak effisyen dan bankrap milik rakan-rakannya di dunia korporat. Pengawalan matawang itu juga tidak membantu Malaysia pulih dengan lebih baik daripada negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Korea Selatan dan Filipina yang telah menerima bantuan IMF. Mereka telahpun pulih dengan lebih baik berbanding Malaysia.

P/S : Rupanya Mahathir yang pinjam dgn IMF cer KLIK


 
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger