Sejak dibangku sekolah kita disogokkan dengan fakta kononnya Umnolah satu-satunya parti politik yang membawa kemerdekaan. Tapi sampai bila kita harus mengangguk pada fakta yang dibelitkan dan bercanggah dengan realiti yang berlaku demi kelangsungan politik Umno. Ramai terlupa @ mungkin tidak tahu peranan yang dimainkan oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang lebih awal berpahit getir berjuang pada ketika Umno pun masih belum wujud lagi.
KMM ditubuhkan pada tahun 1937 oleh Ibrahim Yaacob dan Mustapha Husseein, sering keluar masuk penjara kerana menentang penjajah samada sejak pendudukan Jepun mahupun British. KMM juga pernah mengubal Perlembagaan Malaya Merdeka pada tahun 1945, dikatakan yang pertama di negara ini hasil usaha Mustapha dan Dr Burhanuddin Helmy sebagai persediaan untuk menuntut kemerdekaan dari Jepun.
PKMM pula melaksanakan pelbagai usaha untuk menyinkirkan British walaupun terpaksa bersaing dengan anak emas British iaitu Umno termasuk mengubal Perlembagaan Rakyat bersama Pusat Tenaga Rakyat dan All-Malaya Council of joint Action (PUTERA-AMCJA). PKMM ditubuhkan pada tahun 1945, berslogan 'MERDEKA' dan signifikan dengan Sang Saka Merah Putih- kombinasi warna sejak zaman kesultanan Melayu Melaka, di pimpin oleh Dr. Burhanuddin dan Ishak Muhammad @ Pak Sako.

Rejimen Melayu ke-10 (TPNM) yang menyaksikan ramai pejuang melayu termasuk Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh dan Abdullah CD pula hanyalah dikenang sebagai pengganas berbanding diberi pengiktirafan sebagai pejuang yang mahu memerdekakan tanah air. Benar memang terdapat kezaliman dan ketidakadilan berlaku dalam suasana itu tetapi tidak dinafikan lipatan sejarah itu telah dimanipulasikan Umno supaya kekejaman mereka yang lebih halus tersirat dan terpesong dari kesedaran masyarakat semasa. Keganasan peperangan tidak boleh dijadikan sebab untuk menafikan perjuangan menuntut kemerdekaan.
Umpama bersuluh di tengah hari, Umno terang-terang bukanlah satu-satunya parti politik yang menyumbang kepada kemerdekaan negara. Sepanjang 54 tahun kemerdekaan Malaysia selain daripada pimpinan Umno berapa kalikah nama Nasionalis Melayu yang diluar Umno disebut @ disanjung @ diangkat setaraf dengan pengorbanan mereka pada sambutan kemerdekaan. Sesungguhnya Inggeris tidak pernah meninggalkan tanah melayu pun sehingga ke hari ini (secara dasarnya memanglah Inggeris dah tak de) kerana Inggeris telah meninggalkan satu legasi penting yang kekal iaitu PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN yang dirangka oleh LORD REID dan terus digunapakai sehinggalah ke hari ini.....Hu hu hu