Home » , » Gula-gula Hari Raya........Duit siapakah yang digunakan...... ?

Gula-gula Hari Raya........Duit siapakah yang digunakan...... ?

Salam
Sedang masih dalam proses Hari Raya lagi. Tetapi kali ini isu yang ingin aku bawakan adalah berkenaan Hadiah yang diberikan kepada anggota yang bertugas di Hari Raya. Gambar diatas aku ambil ketika datang beraya dirumah seorang sahabat lama. Untuk pengetahuan sahabat aku ini memang bekerja di dalam kerajaan ( keje gomen, tak payahlah aku sebutkan jabatan mana) dan kena bertugas semasa Hari Raya. Hadiah atau pemberian gula-gula untuk hari raya sudah menjadi terlalu sinonim di dalam negara kita. Sering kali di siarkan melalui televisyen memperlihatkan isteri-isteri pemimpin negara @ sesetengah persatuan (badan beruniform Kerajaan) membungkus juadah kuih raya untuk anggota-anggota beruniform yang terpaksa bertugas semasa Hari Raya.

Menurutnya pemberian ini diberikan bersama beberapa barang-barang yang lain. Menurutnya lagi benda ini baru pertama kali di berikan sepanjang dia bertugas di hari raya kerana dia bukanlah orang yang ditugaskan bekerja di sempadan-sempadan dan menurutnya kesemua yang bekerja di Hari Raya akan diberikan. Sebelum ini memang sudah ada pemberian seperti ini tetapi untuk kali ini ia diberikan secara besar-besaran. Apakah ini pemberian dan penghargaan serta ucapan terima kasih kerajaan kerana terpaksa bertugas dihari raya ?

Jika diteliti pada stiker yang dicetak diatas pemberian itu tertulis ayat -Sekretariat Perhubungan Kerajaan- beserta dengan logo-logo parti politik yang mewakili kerajaan.
Apakah yang kita boleh takrifkan untuk pemberian ini ?
Jika pun ini pemberian Kerajaan kenapa mesti ada logo parti politik. Kenapa tak letak aje logo kerajaan ?
Dan yang paling mengusarkan duit siapakah yang digunakan untuk pemberian ini ?

Pada pandangan aku ini boleh ditakrifkan gula-gula aidilfitri seperti pemberian yang biasa berlaku sebelum sesuatu pilihanraya kecil diadakan. Kenapa aku berkata begitu ? Sebabnya terdapat niat mempromosikan sesuatu parti politik. Jika ingin menyumbang pun bukanlah dengan cara menggunakan jabatan kerajaan. Ini kerana jabatan kerajaan adalah jabatan yang bekerja dan berkhidmat dengan kerajaan.....bukan berkhidmat dengan parti. Dari stiker yang di letakkan pemahaman aku barangan ini memang dikhaskan untuk diedarkan kepada setiap jabatan kerajaan berdasarkan dari gambar yang di cetak di atas stiker itu.


Lalu aku pun bertanya kepada sahabat aku.
Agak-agaknyalahkan duit siapalah yang digunakan ye untuk pemberian gula-gula ini ?

Hu hu hu...Selamat Hari Raya.....



Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger