Home » , » Filem Bukit Kepong.....antara realiti, persepsi dan fantasi.......

Filem Bukit Kepong.....antara realiti, persepsi dan fantasi.......


Salam,
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54. Seperti biasa filem yang menjadi pilihan untuk ditayangkan adalah sebuah filem yang boleh dikatakan menyentuh perasaan orang yang menontonnya. Tak ingatlah ini kali ke berapa aku menonton filem tersebut tapi terus terang aku katakan yang filem itu tak membosankan dari sudut hiburannya tetapi agak mengecewakanlah jika dibandingkan dari sudut nilai sejarah itu. Penyusunan jalan cerita dan lakonan mantap serta semangat yang digarabkan didalam filem tersebut membuatkan kita akan tersentuh jika mengamatinya dari sudut hiburan tetapi bukan dari nilai sejarah. Tarikh dan tahun serta gambar anggota yang terlibat di masukkan kononnya itu adalah cerita benar yang berlaku sebaliknya ianya hanyalah sebuah cerita propaganda semata-mata.

Terlebih dahulu Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa yang terkorban di dalam peristiwa itu. Itulah realitinya....Perkara ini memang berlaku iaitu sekitar tahun 1950 dimana pada masa itu Malaya masih lagi di bawah kolonial British. Kezaliman dan kekejaman memang banyak berlaku lebih-lebih lagi semasa negara masih lagi dalam situasi peperangan. Kita boleh lihat contoh yang nyata seperti Perang di Iraq @ Afghanistan bagaimana nyawa seperti sudah tidak berharga. Itulah harga yang mesti kita bayar apabila kita menyebut soal peperangan. Mat Indera, Ali Kancil, Mohi, Margono, Shamsiah Fakeh, Rashid Maiden, Abdullah CD dan yg sealiran dengan mereka.... dimana mereka adalah dari anggota PKMM, API, AWAS, HIZBUL MUSLIM dan yang berhaluan kiri... dan mereka tak nak berlembut dengan British..... mereka terpaksa melarikan diri ke dalam hutan.. selepas persatuan mereka diharamkan.. dan selepas sebahagian dari anggota persatuan mereka dibunuh (ada yg ditembak di ladang getah selepas ditangkap dirumah mereka) oleh British  (dibicarakan atau tanpa bicara).

Banyak persepsi yang diwujudkan mengenai perkara ini. Terdapat berbagai-bagai version dibukukan tetapi perkara yang menjadi persepsi yang paling besar adalah apabila cerita ini di filemkan. Memomokkan yang filem ini adalah berdasarkan sejarah tetapi apa yang sebenarnya cuba ditanamkan didalam cerita ini adalah lebih tertumpu kepada soal propaganda semata-mata. Umum mengetahui bahawasenya semasa filem ini diterbitkan Kerajaan Malaysia masih lagi berperang dengan PKM. Jadi secara dasarnya ini adalah filem propaganda dari pihak kerajaan. Jika tak silap aku pihak British pun ada memainkan peranan bila mana filem ini ingin diterbitkan. Mungkin dari sudut nasihat dan kelengkapan. Aku pernah terbaca tentang perkara ini tetapi aku terlupa di mana aku membacanya.

Manakala fantasinya lebih kepada mind set iaitu pencucian minda bagi menunjukkan kekejaman sesetengah pihak di mana hanya menyiarkan sesetengah fakta yang digarab dengan cantik dan menyembunyikan sesetengah fakta yang tidak menyebelahi. Contohnya menurut dari kajian dan pembacaan aku Sarjan Jamil antara yang terawal terkorban iaitu semasa hari masih gelap tetapi di dalam filem digambarkan Sarjan Jamil orang yang terakhir mati. Mungkin produser filem ini ada alasan tersendiri mengapa ia dilakukan sebegitu. Namun dari sudut sejarahnya ia sudah mengubah fakta yang sebenar. Ada beberape fakta yang aku dapat kesan perbezaannya antara filem dan novel yang dihasilkan. Jika ini pun terdapat perbezaannya maknanya cerita ini bolehlah dikatakan dotokok tambah dari cerita asalnya.....untuk pengetahuan novel Bukit Kepong pun aku pernah baca tetapi hanya cerita sebelah pihak sahaja.
1. sebelum kejadian serangan tu beberape komunis dah bagi hint suruh tinggalkan balai.
2. sarjan mati dulu....
3. surat yg sjn jamil tulis langsung takde pon....heheheheh
4. yang hidup 4 orang
5. Mat Indera tahan cine komunis dari bunuh 2 orang yg hidup depan balai... ini diceritakan oleh polis yg terselamat. Juga terdapat berbagai kisah-kisah lain yang aku tak nak bangkitkan di sini kerana ini akan menyinggung sesetengah pihak. Di akhir filem itu samada mempertahankan sistem kolonial, semangat patriotik atau keegoan seorang pegawai polis, Aku keliru............satu perkara yang aku nampak adalah keegoan yang tinggi yang menyebabkan hampir keseluruhan anggota menjadi korban.

Dan perkara yang agak menarik semasa menonton cerita Bukit Kepong ini bukanlah jalan ceritanya tetapi apa yang secara tiba-tiba terucap dari mulut anak buah aku yang berumur 7 tahun...."Kan orang tu suruh menyerah kalau nak selamat tapi nak perang juga....peranglah". Hu hu hu.....nampaknya generasi baru sekarang ini agak bijak juga kerana berfikir diluar kotak. Cukuplah pemahaman aku tentang apa yang berlaku di Bukit Kepong. Kita jadikan ia sebagai pengajaran, sejarah hanya untuk di kenang...Masa depan untuk di rentang. Dan seperkara lagi jika mereka ini tertangkap semasa serangan ke atas balai polis Bukit Kepong mereka tidak akan dituduh sebagai cuba melancarkan peperangan ke atas Yang Dipertuan Agong seperti tuduhan yang pernah dikenakan ke atas kumpulan Al-Maunah tetapi mereka akan dilabel bandit/the reds/ terrorist/communist.... dan akan dituduh melancarkan peperangan terhadap kerajaan British dan melawan Queen.....thats the fact.....

P/S:
Komunis yang menyerah diri kepada kerajaan Malaysia diberi tanah, rumah dan elaun oleh YM Tunku Abd Rahman

Pasukan pertahanan negara serta waris mereka pula sering masuk program di Tv dan akhbar kerana kemiskinan?

Baiknyaaaaaaa : Hipokrit....
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger