Realistik @ Fantasi
Salam...aku nak membebel sikit hari ni...tentang harapan dan impian...
Benarkah pada masa ini Pakatan Rakyat sedang berada di atas landasan yang betul untuk menerjah dan menawan Putra Jaya sekaligus menukar arus politik di Malaysia ? Apakah faktor yang menyumbang kepada keyakinan Pakatan Rakyat itu?
Sebagai pemerhati apa yang aku nampak, perkara utama yang menjadi pertimbangan umum ialah tekanan terhadap kos sara hidup yang semakin memuncak sekaligus menjadikan ianya isu utama yang mempengaruhi undi dalam PRU kelak. Dapat dilihat faktor utama kelebihan Pakatan Rakyat bukanlah kekuatan Pakatan Rakyat itu sendiri tetapi ianya lebih merupakan kelemahan BN dengan pelbagai isu rasuah, penyelewengan, skandal dan yang paling utama keputusan-keputusan UMNO/BN yang memberi kesan secara langsung kepada kehidupan rakyat negara ini. UMNO/BN di bawah pimpinan Najib masih lagi terus membuat keputusan yang kurang disenangi rakyat terbanyak dengan siri-siri kenaikan harga barangan keperluan, PR pula dilihat bijak memainkan peranan maksima bagi mendapatkan sokongan rakyat.
Imej dan tindakan isteri PM, Datin Seri Semah pun sedikit sebanyak turut menambah memberatkan lagi langkah UMNO/BN untuk terus berkuasa selepas PRU-13. Moga-mogalah begitu hasilnya nanti.
Ini hanyalah pandangan bebas aku aje...dan satu perkara yang aku nak tegur kat Pakatan Rakyat..... kuatkan lagi barisan....kumpulkanlah kekuatan.....carilah persefahaman....tekadkan matlamat.....dan jangan ambil org yang gila kuasa ....jalan dah nampak cuma untuk diharungi sahaja....DONT MAKE BANANA FRUIT TWO TIMES....K