Home » , » Ubah Sekarang - Selamatkan Malaysia

Ubah Sekarang - Selamatkan Malaysia


Salam, La ni aku nak cakap kenapa kita perlukan perubahan.....
dan kita mempunyai 2 pilihan iaitu :

Kerajaan yg Amanah & Cekap @ Kerajaan yg Korup & Lembab

1. Semenjak dari tahun 1998 negara mencatatkan bajet defesit yg berjumlah berbillion-billion ringgit. Bajet defesit bermaksud negara membelanjakan lebih daripada apa yg diperolehi.....that means 'KENA BERHUTANG'

2. Tahun 2011 negara mencatatkan hutang kira-kira RM440 billion @ melebihi ke paras 60% KDNK negara dan ini tidak elok kepada ekonomi negara. Kenapa...? ok kita ambillah cth mudah....Ini bermaksud setiap RM1 yg dihasilkan negara 60sen terpaksa diperuntukan untuk membayar hutang sebaliknya hanya 40sen sahaja yg boleh digunakan untuk perbelanjaan negara.....Itu pun kalau bayarlah kalau x bayar makin akan bertambahlah hutang lagi.

3. Pendapatan kerajaan untuk tahun 2010 adalah sebanyak RM180 billion sedangkan bajet untuk tahun 2011 adalah sebanyak RM212 billion. Pada bulan mac 2011 bajet tambahan sebanyak RM13 billion ditambah dan ini menjadikan defisit bajet untuk thn 2011 meningkat kepada RM 45 billion.

4. Kerajaan Selangor pada tahun 2010 mencatatkan mencatatkan bajet seimbang iaitu tidak ada hutang dan tidak ada lebihan. Kerajaan P.Pinang pula pada tahun yang sama mencatatkan defisit lebihan dan ini adalah pencapaian yg lebih baik daripada negeri yg ditadbir BN. Ketua Audit negara memberikan 4 bintang kepada Kerajaan negeri Selangor dalam menguruskan kewangan negeri iaitu markah tertinggi berbanding dgn negeri-negeri lain.

5. Pada tahun 2010 iaitu pertama kali berlaku didalam sejarah dimana negeri kecil yg tidak mempunyai hasil bumi memperolehi KDNK yg lebih besar dari Malaysia.

6. Ketua Audit negara didalam laporannya menyatakan negara kehilangan RM28 billion akibat ketirisan, penyelewengan dan rasuah yg berleluasa didalam pentadbiran negara.

7. Gaji CEO syabas berjumlah RM425 000 sebulan. Hanyalah sekadar menguruskan air untuk negeri dimana air tidak perlu dicipta kerana air merupakan sumber percuma.

8. Banyak lagi projek-projek yg membazir dan bodoh diperkenalkan...cthnya projek e-mail 1Malaysia

9. Orang melayu tidak perlu takut kepada DAP kerana jumlah kerusi parlimen untuk non-muslim hanyalah sekitar 31% sahaja. Samaada BN @ PR yang menang, muslim tetap memegang kuasa tawar menawar tu.

10. Kekalahan UMNO bukan bererti kekalahan melayu kerana jika UMNO tak menang kerusi itu akan digantikan hanya kepada PAS @  melayu PKR.

Jika nak disenaraikan ada banyak lagi sebab kenapa perubahan perlu dituntut.....tapi cukuplah buat masa ni dulu....jadi fikirkanlah yg terbaik untuk negara...
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger