Salam ...
Hari ni aku nak bercakap soal nilai kemanusiaan didalam kehidupan. Mungkin sesetengah orang tak berapa faham tentang susur gaya hidup bermasyarakat.
Sering kali kita dengar ayat yg agak hipokrit dilaungkan oleh sesetengah golongan yg berbunyi “Jika tidak suka hidup di negara ini sila keluar dan cari Negara sendiri”. Sama ada ia bersifat amaran, amarah @ sindirin namun dari sudut moralitinya ternyata ia melangkaui dari tatasusila erti kehidupan bermasyarakat sesebuah tamadun.
Apakah kita sudah tidak boleh berfikir secara rasional sehinggakan kita sanggup mengungkapkan ayat tersebut ?
Dimana nilai-nilai kemanusiaan didalam diri kita ?
Pelik juga perkara ini masih berlaku dikala kita hidup didalam era kemodenan dan dengan tahap pendidikan yg tinggi didalam masyarakat yg serba kompleks.
Seharusnya kita mengambil masa untuk berfikir sejenak dan merenungkan tentang erti sebuah kehidupan. Walaupun kita sering memberi hujah secara berfakta (mungkin secara kebetulan) (where we are by chance), ini menjelaskan bahawa ada antara kita yang kurang bernasib baik di atas keadaan/kehidupan mereka. Sebagai contoh, jika diberikan pilihan kanak-kanak tidak akan memilih untuk hidup di dalam negara yang tiada makanan untuk dimakan, orang dewasa tidak akan memilih untuk hidup dalam negara yang tiada kebebasan , golongan tua tidak akan memilih untuk tinggal di negara yang menghapuskan sejarah silam mereka.
Dan kita harus bertanya kepada diri kita sendiri, adakah kita mempunyai peluang untuk membuat pilihan ? TIDAK..... Oleh itu, kita harus sedar, walaupun negara kita dibina semula yakni selepas Merdeka dan akan terus dibina, kita mestilah melihat setiap individu sebagai sebahagian daripada kita tanpa menghakimi latar belakang mereka. Kita semua bertanggungjawab bukan sahaja untuk mereka yang kurang upaya, tetapi demi kebajikan keseluruhannya.
(We all are responsible for not to those less fortunate, but the welfare of all other and the world we live in.)"