Salam.....
Hebat sekali lakonan yg dilakonkan oleh saksi pembelaan bagi kes yg membabitkan Ketua Pembangkang yg sedang dalam persiapan untuk membuat pembelaan kes. Menggunakan media utama kononnya bagi menunjukkan kesungguhan untuk memberikan kerjasama didalam perbicaraan kes tersebut. Namun apa yg berlaku disebaliknya adalah..........kita dengar apa pula kata Karpal Singh peguam bela utama yg terlibat dalam episod ini.
“Kedua-duanya memberitahu mereka tidak mahu ditemubual dan juga tidak mahu menjadi saksi.“Saya tidak tahu kenapa mereka begitu takut untuk hadir ke mahkamah (dan menjadi saksi),” kata Karpal.
Najib dan Rosmah hadir ke mahkamah secara senyap-senyap dan bersembunyi kerana nama mereka tiada dalam senarai saksi yang akan ditemubual hari ini.
Malah, peguam Anwar juga sedikit terkejut apabila mengetahui mereka hadir ke mahkamah hari ini.
“Kami tak diberikan notis (lebih awal) tentang kehadiran beliau dan isteri.
“Lebih kurang lagi lima minit ke pukul tiga petang saya diberitahu polis yang PM dan isterinya sudah menunggu di bilik sebelah untuk ditemubual,” kata Sankara Nair.
Selain Rosmah, peguam bela Anwar menemubual bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Rodhwan Yusof petang tadi, kata Karpal.
Maka seperti biasanya besok akan penuhlah di dada-dada akhbar yg akan menceritakan bahawa kononnya Najib dan Rosmah telah memberikan kerjasama dengan turun ke Makhamah. Dan seperkara yg aku yakin tak akan diceritakan besok adalah apa yg berlaku di Makhamah. Kita nantikan aje apa skrip seterusnya. Dahlah Najib orang dah muak dah dengan lakonan tu. Zaman sekarang ni bukan semudah tu nak buat pengawalan minda lagi. Maklumat boleh dicari. Makcik-makcik dan pakcik-pakcik yg dikampung yg tak mempunyai internet bolehlah kau goreng.
" It is the weak who are cruel, gentleness can only be expected from the strong.