DAP hormati pendirian PAS

Monday, 14 May 2012



KUALA LUMPUR, 14 MEI: DAP menghormati pendirian PAS dalam soal hukum hudud, sebagaimana PAS menghormati matlamat DAP dalam memperjuangkan demokrasi, keadilan dan peluang saksama.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mengulangi pendirian bahawa hukum hudud bukanlah sebahagian daripada Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Beliau menjelaskan bahawa DAP berpandangan bahawa pelaksanaan hukum jenayah Islam tersebut tidak dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Walau bagaimana pun, DAP menghormati pandangan PAS atas isu tersebut, sebagaimana PAS menghormati prinsip perjuangan DAP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

UMNO dan Barisan Nasional telah menolak pelaksanaan hudud. Beberapa pemimpin besar UMNO telah menggunakan alasan belum sampai masanya untuk melaksanakan hukum jenayah tersebut.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chu Soi Lek pula pernah mendakwa bahawa hudud adalah undang-undang purba yang akan membawa Malaysia ke belakang.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur menjelaskan bahawa Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pagi tadi telah membincangkan kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib, baru-baru ini tentang hukum hudud.

Media massa telah melaporkan Harun sebagai menyatakan bahawa PAS akan melaksanakan hudud dan meminda pindaan Perlembagaan Persekutuan jika menjadi kerajaan, walau pun ia mungkin membawa kepada pertukaran parti komponen dalam Pakatan Rakyat.

“Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan para pemimpin PAS yang lain telah memberi jaminan kepada Majlis Pimpinan PR bahawa kepimpinan parti PAS menolak pandangan Harun kerana ianya tidak mencerminkan kedudukan PAS; ia adalah pandangan peribadi Harun,” tambah Kit Siang.

Justeru, katanya, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini menegaskan semula permuafakatan yang kukuh dan kata sepakat dalam perjanjian oleh tiga komponen parti iaitu PKR, PAS dan DAP, sama ada sebelum atau selepas pilihan raya umum ke-13, yang termaktub dalam Dasar Bersama PR pada 19 Disember 2009, Buku Jingga pada 20 Disember 2010 dan Kenyataan Majlis Pimpinan PR pada 28 September 2011.

Sepertimana yang termaktub dalam Dasar Bersama PR yang telah diserap sebulat suara di Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat di Shah Alam pada Disember 2009, Pakatan Rakyat komited untuk mendukung semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, terutamanya dalam:

1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, agama Islam sebagai agama Persekutuan di samping kebebasan untuk agama yang lain diamalkan dan melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, dan kepentingan sah kaum-kaum lain berdasarkan peruntukan Perkara 153.

2. Mempertahankan peranan dan kebertanggungjawaban institusi Raja Berperlembagaan.

3. Mendukung penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berdasarkan Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan, serta menggalakkan pengunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (lingua franca) di samping mempertahankan dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda untuk semua kaum.

4. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang yang lain yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan pada masa yang sama mencadangkan pembatalan semua deklarasi darurat yang sedia ada.

5. Memansuhkan atau meminda semua undang-undang yang menindas dan menyalahi hak asasi manusia.

6. Menjamin semangat persekutuan (federalism) dan hubungan yang saksama dan adil antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri, khususnya Sabah dan Sarawak.

“Majlis Pimpinan PR hari ini juga menegaskan bahawa apa-apa perubahan kepada dasar-dasar PR yang telah dipersetujui secara muafakat mestilah melalui satu proses consensus (sebulat suara) antara ketiga-tiga parti komponen PR,” tambah Kit Siang.

– Roketkini.com
Continue Reading | Like

Free education is not impossible. Infact

Tuesday, 17 April 2012



After Pakatan Rakyat announce to abolish PTPTN some people said....."Bayar la.. dah tau berhutang, bayar la". Easier said then done. Kita dulu kalau ada choice di antara belajar berhutang dan belajar tidak berhutang yang mana kita nak pilih?

Persoalan utamanya, kita ada pilihan ke?

Population: 28 million
GDP: USD 238 Billion (RM 761 Billion) stat 2010.

Fact GDP ni pun tak tepat sebab banyak corruption di negara kita. Kalau ikutkan pengiraan GDP yang sebenar ialah : Y = C + I + E + G

Y = GDP
C = Consumer Spending
 I = Investment made by industry
E = Excess of Exports over Imports
G = Government Spending

Kalau sesiapa yang belajar ekonomi dia tentu tahu bahawa sekiranya di tingkatkan kuasa beli rakyat (purchasing power) dengan cara mengurangkan kos sara hidup (kos hidup murah, minyak murah, tol tak ada, education free, etc) maka C akan meningkat lantas meningkatkan GDP negara.

Now, kalau rakyat pun tak cukup duit sebab bayar kos yang mahal, minyak mahal, kena bayar pulak PTPTN dan tol yang semakin mahal, maka apa yang tinggal selepas mendapat gaji?

Jawapannya....... Lepas 1 minggu gaji, 90% dari kita akan kering duit untuk perbelanjaan 3 minggu akan datang.

Government spending (G) tidak akan mampu meningkat sekiranya C tidak meningkat. Teori mikro ekonomi ialah di mana bila mikro kredit di permudahkan di sesebuah negara, ia akan menggalakkan pelaburan, perniagaan dan perbelanjaan lantas meningkatkan pembelian, jualan dan GDP.

Tetapi teori ini hanya akan berlaku bila kos sara hidup rendah. Sistem ini gagal di malaysia sebab mereka hanya memudahkan mikrokredit, tetapi duit mikrokredit itu hanyalah untuk orang ramai membayar hutang yang ada atau dengan bahasa mudahnya gali lubang sana, tutup lubang sini.

Walaupun pendapatan individu meningkat, tetapi kos sara hidup meningkat, ia akan masih gagal meningkatkan local production dan consumption dan akhirnya gagal meningkatkan GDP dari aspek C (Consumer spending). Takkan EKONOMI ASAS NI PUN PEMIMPIN KITA TAK FAHAM (atau buat tak faham) TETAPI C Meningkat G juga meningkat kerana subsidi!

Saya tak tahu sama ada kita faham atau kita memang kena tipu bila kerajaan sebut "bila bagi subsidi, maka negara akan bankrup atau GDP akan menurun". Pertama sekali kita jawab dulu subsidi itu datangnya dari mana?

1. Penjimatan hasil dari perbelanjaan yang dapat dijimatkan dari pembaziran. - Kaedah ini dilakukan dengan menghapuskan perjanjian IPP serta mengkaji semula harga tarif elektrik.
2. Meningktkan C dengan kaedah seperti yang disebutkan di atas.
3. Penjimatan dari korupsi dan ketirisan yang dijangka berjumlah lebih 20 billion setahun.
4. Keuntungan PETRONAS yang sepatutnya BAIL OUT Rakyat dan bukannya BAIL out kroni.
Tang mana subsidi tu datang dari G??? (Petronas bukan G)
5. PALING UTAMA - Diversifying ekonomi negara contohnya kepada pertanian dan perikanan. Di letakkan di bawah badan yang betul2 fokus kepada pertanian /perikanan (ni nak bantu golongan susahlah ni). No more corruption. Reformasikan RISDA, MARDI, MPOB dan badan-badan kerajaan yang berkaitan dengan pertanian dan industri kecil. Cthnya buat pertanian dalam skala yang besar macam Thailand dan Indonesia. Bukan seorang peneroka dapat 10 ekar sahaja. Patut seorang dapat 50 ke 100 ekar ke atas. Bila ini berlaku kemiskinan dapat dikurangkan. Ini hanya salah satu contoh jer. Banyak lagi perkara-perkara lain yang boleh dilakukan.

Jadi kalau pendidikan itu percuma, perlu tak meminjam?

Kalau orang tu dah kaya, dia takkan meminjam PTPTN. Orang miskin meminjam supaya mereka boleh belajar dan dapat ijazah dan berharap dapat keluar dari kepompong kemiskinan. Tapi kalau lepas graduate rupanya nak dapat kerja dan pendapatan yang setimpal dengan kelayakan dia orang pun susah dalam masa yang sama terpaksa pula menanggung jumlah hutang yang tinggi ini bukan keluar dari kepompong kemiskinan....ini buat lagi tambah-tambah jadi miskin. Cthnya dapat kerja dan gaji yang ditawarkan sekitar RM1500, tolak epf jadilah RM1300 duduk di Kuala Lumpur sewa bilik jer RM600 tinggallah RM700, nak kirim kat mak bapak yang miskin di kampung lagi nak tolong tanggung adik-adik yang masih belajar....belum lagi tolak nak bayar PTPTN..mana nak fikir nak gunakan kenderaan lagi (kalau tak ada kenderaan guna pengangkutan awam dan itu pun melibatkan kos juga..belum lagi fikir soal nak bina keluarga ... Jadi baik tak payah la belajar dan keluar dari kepompong kemiskinan. Dapat SPM, dok kampung tak perlu berhutang. Kan senang.
Continue Reading | Like

Melayu tak pecah, hanya beza pandangan

Monday, 16 April 2012



TUAN IBRAHIM TUAN MAN
16 April 2012

Isu perpaduan menjadi topik utama dalam pelbagai medium perbincangan, khusus di kalangan orang Melayu. Perpecahan digambarkan berpunca dari wujudnya parti politik yang ditunjangi oleh kelompok orang Melayu. Ia seolah-olah menjadi unsur utama perpecahan sehingga diucap oleh kebanyakan pimpinan samada pimpinan politik atau agama.

Persoalan utama apakah kewujudan parti politik menjadi punca perpecahan Melayu. Kalau kewujudan parti politik menjadi punca perpecahan, kenapa kita menerima sistem demokrasi yang mengizinkan wujudnya pelbaga parti politik, dan kenapa kerajaan meluluskan pendaftaran pelbagai parti politik khusnya parti berteraskan perkaumanan - kerana dengan meluluskan pendaftaran parti tersebut, kita mengizinkan rakyat Malaysia berpecah.

Hakikatnya masyarakat Melayu tidak berpecah, mereka hanya berbeza pandangan dan sokongan kepada parti parti politik yang sah dari sudut perlembagaan. Bila mana kita menerima sistem demokrasi bermakna kita mesti bersedia untuk menerima perbezaan pandangan, sokongan dan kelompok yang berbeza.

Andainya ini diterjemahkan sebagai perpecahan, maka tentulah golongan yang menganggap demikian tidak memahami erti sistem demokrasi. Bahkan dalam satu parti, masih wujud kelompok- kelompok yang berbeza.

Kita mesti bersikap terbuka dalam menilai sesuatu keadaan kerana kalau perbezaan pandangan dan sokongan dianggap perpecahan, maka tindakan kerajaan meluluskan pendaftaran parti bersifat perkauman seperti Umno yang memperjuangkan Melayu, MIC yang memperjuangkan nasib kaum India, MCA yang memperjuangkan nasib kaum Cina mesti diharamkan, kerana inilah punca utama wujudnya masalah besar perpaduan nasional dalam negara kita.

Bagi Pas, kita menilai perbezaan bukanlah perpecahan, sebaliknya ia adalah perkara normal dalam mana-mana negara atau kelompok masyarakat sekalipun. Kerana itu, al Quran menjelaskan:

"Kalau engkau membelanjakan seluruh harta yang ada di muka bumi ini untuk menyatukan hari hati manusia, kamu TIDAK akan dapat menyatukan mereka, Allahlah yang menyatukan hati hati mereka.” (Surah Al-Anfal ayat 63)

Dalil di atas menunjukkan kepada kita penyatuan mesti berdasarkan nilai universal yang bukan bersifat bangsa, warna kulit, dan keturunan. Kerana ini bukan pilihan manusia. Tidak mungkin kita boleh menukarkan bangsa Melayu untuk menjadi Cina, India untuk ditular menjadi Jawa dan seterusnya. Yang boleh ditukar ialah sesuatu yang dalam pilihan manusia seperti agama (akidah) kerana manusia boleh memilihnya.

Kerana itu, Islam tidak meletakkan soal agama sebagai unsur paksaan, kerana ia dibina di atas keyakinan seseorang. Namun, Islam menyarankan agar dakwah dilaksanakan di kalangan masyarakat agar Islam diketahui dan difahami dengan sebenarnya. Kerana seandainya seseorang memahami dengan sebenarnya ajaran Islam yang bersifat universal ini, tentu ia akan menerima Islam sebagai agama pilihan.

Bagi golongan yang tidak menerima bukanlah musuh, kerana yang dianggap musuh adalah yang menentang atau bersikap memusihi Islam. Ini adalah perkara normal di mana-mana sistem pun. Golongan komunis tidak akan menerima kaum kapitalis dalam pentadbirannya. Adalah malang bagi golongan Melayu Islam bilamana perpaduan Melayu itu dilihat sekiranya orang Melayu menyokong Umno yang bersifat asabiah manakala golongan yang menyokong Pas atau PKR dianggap golongan yang memecah belah masyarakat Melayu.

Keadaan ini telah diasak dalam pemikiran rakyat, sehingga ia diterima oleh sebahagian orang Melayu, dan itu adalah hakikat yang paling menyedihkan dalam kesan terus politik asabiah Umno terhadap kaum yang mereka ingin bela.

Pemikiran tertutup inilah sebenarnya yang membawa perpecahan di kalangan orang Melayu. Sehingga Melayu menjadi lemah, lebih-lebih lagi malas dan hilang daya saing kerana sentiasa bergelumang dalm salah guna kuasa, masalah moral dan rasuah sebagai jalan keluar.

Sedangkan semua pimpinan di semua peringkat adalah orang Melayu - dari Raja-raja, Perdana Menteri, Timbalan menteri, Menteri Besar, Exco-exco, pegawai daerah, penghulu, ketua kampung dan JKK.

Apabila Melayu lemah, muncullah pimpinan Umno bangkit menyalahkan Cina (DAP). Sedangkan berpuluh tahun orang Melayulah mendominasi pimpinan negara. Inilah sikap dan politik durjana Umno yang bila mana gagal mengurus tadbir negara dengan baik , maka diletakkan kesalahan kepada Pas sebagai punca perpecahan Melayu, manakala nasib orang melayu yang lemah dan semakin jatuh berpunca dari DAP.

Lebih menyayatkan hati, pembohongan ini diterima oleh sebahagian masyarakat Melayu kerana perkara ini diulang-ulang oleh Umno di media perdana seolah-olah ia benar, walhal asalkan seseorang itu rajin berfikir sejenak, pembohongan ini mudah dikesan dan disedari.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,
Ketua Penerangan Pas Pusat
Continue Reading | Like

10 Koleksi Mutiara Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - Part II


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 



“Jika kereta rosak, mekanik yang akan membaikinya. Jika tubuh badan bermasalah, doktor yang akan mengubatinya. Jika kehidupan manusia bermasalah, maka Pencipta manusia itulah yang perlu dirujuk. Pelik sungguh manusia yang mengaku Allah SWT sebagai tuhan tetapi enggan merujuk kepada syariat Allah bila berdepan dengan masalah..."


"Perbezaan yang paling besar di antara manusia dengan makhluk yang lain ialah ilmu. Manusia diberikan kebolehan untuk diajar dan mengajar. Binatang ternakan contohnya, boleh diajar untuk mematuhi perintah tuannya, tetapi tidak boleh mengembangkan ilmu tersebut kepada binatang yang lain. Berbeza dengan manusia, sedikit ilmu yang diperolehinya mampu dikembangan dengan lebih meluas.."



"Kita tanam lada, 40 hari dapat hasil, boleh jual. Tanam terung, dua tiga bulan dapat hasil. Tapi keuntungan tidak besar kerana itu hanya projek kecil-kecilan. Jika projek yang lebih besar seperti tanam getah, bukan 40 hari tapi memakan masa bertahun. Semakin besar projek tersebut, semakin besar untungnya. Demikianlah juga pahala yang merupakan projek paling besar. Untungnya sangat besar jadi padanlah dengan menunggunya begitu lama iaitu selepas mati baru mendapat hasil..."


“Jika memandu kita perlukan lesen, menggunakan senjata api perlukan lesen, maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen. Lesen itu ialah Islam. Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen...”



" Bila kita beragama, dengan sendiri kita akan merasa bahawa disisi kita ada malaikat yang memerhati, ada Allah SWT sedang memantau...Keyakinan ini merupakan satu brek untuk kita terus lakukan dosa...tanpa ada yakin seperti ini manusia akan hilang brek...kalau kereta hilang brek, ia akan terjun gaung, tapi kalau manusia hilang brek, dia akan terjun Neraka"....



Pemuda adalah batu-bata dalam perjuangan Islam, kerana itu pemuda mesti lengkapkan diri dengan ilmu dan perbanyakkan amalan sunat...saya impikan untuk menjadi makmum dimana pemuda imamnya, pendengar kuliah yang disampaikan oleh pemuda, saya hanya mahu datang dan dengar...



"..Allah menciptakan di dunia ini orang-orang kurang upaya untuk menjadi ujian kepada orang yang sempurna. Di akhirat kelak akan ditanya, setakat manakah kita orang-orang yang cukup upaya ini menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang upaya. Sebab itu, saudara-saudara kita yang kurang upaya sedikit untung kerana terlepas daripada soalan ini di akhirat nanti. Manakala yang sempurna tubuh badan pula perlulah pastikan duit yang dia ada pada hari ini sedikit sebanyak dia peruntukkan untuk beli pahala lain selain beli lauk-pauk, beras dan keperluan hidup..."



"Jika anak-anak kita akan menghadapi peperiksaan, kita akan berpesan kepadanya, jawab sebagaimana yang cikgu ajar. Jika betul, lulus. Jika salah jawabnya gagal. Di akhirat kelak, peperiksaan di hadapan Allah SWT nanti juga memerlukan kepada jawapan yang sama dengan cikgu ajar. Cikgu itu ialah Rasulullah SAW yang diutuskan oleh Allah SWT. Jawab seperti yang cikgu ajar, syurga balasannya. Gagal menjawab seperti yang diajar cikgu, nerakalah balasannya..."



"Walaupun malam gelap dan di bawah meja, semua kerja-kerja sulit akan didedahkan apabila kita berhadapan dengan Allah SWT di akhirat kelak. Baik manusia hebat mana pun, semuanya akan didedah rahsianya nanti. Keyakinan seperti ini boleh menyebabkan manusia terbantut untuk buat maksiat.."



"Perjalanan kita masih panjang, noktah perjuangan kita masih jauh. Namun, tanda-tanda kemenangan sudah kelihatan. Walaupun guruh di langit bukan menandakan hujan akan turun, namun sekurang-kurangnya telah ada harapan untuk menyaksikan kemarau berakhir. Lantaran itu, ingin saya ingatkan sekali lagi bahawa masa depan ialah bersama Pakatan Rakyat di dalam membina Malaysia yang baru.
Continue Reading | Like

Buku Jingga Ancam Keselesaan Kuasa UMNO-BN



Buku Jingga Ancam Keselesaan Kuasa UMNO-BN

Apakah Barisan Nasional telah hilang pertimbangan waras atau semakin kecut apabila rakyat mula menuntut tekanan ekonomi ciptaan kerajaan dimansuh atau dikurangkan?

Malaysia tidak akan bankrap jika memenuhi tuntutan kebajikan rakyat pelbagai kaum yang telah banyak berjasa negara dengan pembayaran cukai-cukai yang dikutip saban tahun. Apalagi ditambah pula dengan hasil bumi yang kaya seperti minyak dan sawit, sumber dari pelancongan, perindustrian dan sebagainya.

Pemansuhan yang waras

Pemansuhan PTPTN dan kutipan tol lebuh raya serta memperkenalkan gaji minima adalah sebahagian daripada tawaran Pakatan Rakyat jika menerajui kerajaan pusat selepas pilihan raya umum akan datang. Banyak lagi tawaran yang akan membahagiakan hidup kita.

Sebagai rakyat, kita akan lebih selesa, mewah dan sangat bersyukur sekiranya ia dilaksanakan. Malah bukan tawaran ganjaran ekonomi sahaja, malah pembersihan sistem dan nilai yang semakin pupus di bawah pemerintahan UMNO-BN yang selama ini semakin terpisah daripada rakyat.

Malaysia bukanlah sebuah negara miskin. Ia cuma akan bertambah miskin sekiranya pentadbiran pengurusan wang negara ditadbir seperti sekarang oleh UMNO-BN. Sedangkan negeri-negeri Pakatan yang mempunyai sumber kewangan yang amat terhad mampu melakukan yang terbaik untuk rakyat tanpa perlu kepada korupsi dan penyalahgunaan kuasa.

Apakah kita sudah lupa kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala yang meramalkan Malaysia akan bankrap pada 2019? Ia secara langsung membuktikan segala dakwaan Pakatan Rakyat selama ini adalah tepat.

Lihat sahajalah Laporan Ketua Audit Negara yang berkaitan salah tadbir urus wang negara hingga menyebabkan kerugian akibat boros dan rasuah. Pendedahan laporan ini membuatkan pimpinan UMNO-BN tidak keruan.

Jaminan kehidupan lebih baik Benar.

Malaysia semakin miskin dan kualiti kehidupan kita semakin terjejas sekiranya UMNO-BN terus memerintah. Malah hak asasi dan kebebasan semain terhakis sebagai mana Akta Perhmpunan Aman cuba menyekat hak rakyat manakala rang undang-undang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan lebih mengekang kebebasan kita.

Ini belum lagi ditambah dengan pembongkaran ketirisan wang keluar negara yang berjumlah sekitar USD291 bilion (bersamaan dengan sekitar RM1 trilion!) Pengembalian aset ini kepada negara sudah cukup untuk melaksanakan bukan sahaja tiga tuntutan seperti mana di atas malah lebih banyak dari itu.

Kenapa ini berlaku? Mana ketelusan dan integriti kerajaan UMNO-BN di sebalik kempen propaganda 1Malaysia yang melenyapkan jutaan ringgit wang rakyat? Sepatutnya hasil negara dan cukai-cukai yang dikenakan sejak puluhan tahun akan menambahkan pendapatan negara tetapi ia berlaku sebaliknya.

Nampaknya, kerajaan UMNO-BN merasakan tawaran Buku Jingga mengancam kedudukan mereka. Ini kerana tawaran bernas Buku Jingga bersandarkan dengan fakta yang kukuh: negara sebenarnya mampu.

Negara miskin dan dikenakan sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat seperti Cuba pun mampu memberi pendidikan dan perkhidmatan kesihatan percuma yang bermutu, inikan pula Malaysia yang agak kaya juga.

Semakin para pemimpn UMNO-BN menempelak tawaran Buku Jingga, semakin pekung mereka terbongkar. Rakyat sudah semakin muak dengan mainan politik mereka. Perubahan harus berlaku.

-Roketkini.com
Continue Reading | Like
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger