Home » , » Bakal besan yang punya...Hu hu hu

Bakal besan yang punya...Hu hu hu

Salam
Tadi berita di stesen TV kesayangan Umno iaitu Tv31/4 menyiarkan tentang satu isu yang berkait dengan CINCIN kontroversi yang semakin panas diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Bermula dengan pendedahan yang dibuat oleh Che Gu Bard. Kemudian pededahan maaf akhbar kosmo kini skesta versi kluang man yang dibuat oleh seseorang yang boleh dikatakan tidak ada kena mengena langsung dengan keluarga si Rosmah ini iaitu bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim.....si Anuar Shaari.

Menurut si Anuar Shaari ini cincin ini sebenarnya di miliki oleh bakal besan si Rosmah ni iaitu Maira Nazarbayev dari Kazakhstan. Yang menjadi persoalannya disini adalah kenapa mesti menggunakan transit di Malaysia dan di daftarkan atas nama si Rosmah ? Dan kenapa perkara ini didedahkan oleh orang yang x de kena mengena dengan cerita ini ? Kenapa tidak Maira Nazarbayev sendiri yang membawanya ? Banyaklah persoalan yang aku boleh persoalkan tentang pendedahan ini kerana aku tak nampak pun pengakuan kat sini yang aku nampak cumalah denial, denial dan denial syndrome.


Seperkara yang aku nampak jelas tentang statement yang dikeluarkan oleh si Anuar Shaari ni ialah bahawasenya yang cincin itu memang ada masuk ke Malaysia dan segala print screen yang didedahkan oleh Che gu Bard itu ternyata benar. Apakah tujuannya cincin yang berharga berjuta-juta tu masuk ke Malaysia menggunakan nama si Rosmah tetapi dikatakan kepunyaan orang lain ? Hu hu hu sedihnya apabila minda rakyat hendak di perbodohkan.

Di bawah ni aku sertakan sekali gambar print screen dari kastam yang didedahkan dulu.


Hu hu hu....tAk dE oTak

YOU CAN FOOL SOME OF THE PEOPLE (JIN-JIN PENCACAI UMNO) ALL THE TIME BUT THEN FINALLY YOU CANNOT FOOL ALL THE PEOPLE (RAKYAT) ALL OF THE TIME........

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger