Home » , » BN = Barang Naik.....Tipu..tipu lagi

BN = Barang Naik.....Tipu..tipu lagi

Salam
Isu kenaikan harga barang nampaknya semakin tidak terkawal sejak akhir-akhir ini. Perkara ini juga disebabkan kerana hari perayaan yang bakal menjelang tiba. Namum itu bukanlah alasan untuk menaikkan harga barang. Sesungguhnya semenjak kebelakangan ini memang terdapat peningkatan yang agak tinggi kepada harga barang-barang keperluan. Banyak faktor yang mendorong kepada kenaikan harga barang ini. Jika disebut dari sudut ekonominya ini adalah kerana kekurangan bekalan dan permintaan yang tinggi jadi secara automatiknya harga barangan akan meningkat.

Tetapi di Malaysia lain sikit caranya, kenaikan harga barang bukanlah di sebabkan perkara itu. Di Malaysia peningkatan harga barang biasanya berlaku akibat daripada pemotongan subsidi oleh kerajaan dan faktor rakyat didahulukan (apa-apa hal rakyat kena dulu). Kita ambik cth yang paling mudah sekali iaitu minyak. Apabila kerajaan memotong subsidi minyak ia akan menyebabkan kenaikan harga di pasaran. Memanglah minyak bukan barangan keperluan seharian tetapi impak dari kenaikan harga minyak menyebabkan semua barang-barang akan meningkat harganya. Begitu juga seperti gula. Jika harga gula naik penjual makanan pun akan menaikkan harganya sekali.

Bila terjadi kenaikan harga barangan di pasaran seperti biasalah kita akan dengar statement seperti dibawah.


“Bukan kerajaan yang tentukan kenaikan harga sebaliknya ia ditentukan oleh pasaran dunia. Setiap kali berlaku kenaikan harga kerajaan sentiasa mencari mekanisme tertentu untuk mengawalnya dan pada masa sama melindungi pengguna."

Huh....senang betul jawapan yang diberikan. Kalau macam tu tak perlulah menjadi kerajaan yang memerintah. Sebab apa...? Jelas-jelas kerajaan gagal mencari kaedah yang terbaik untuk mengawal @ menurunkan harga barang.

Walhal pada masa yang sama kerajaan bermurah hati pula memberikan subsidi RM19billion kepada syarikat IPP dan tak lupa juga RM4billion kepada pengusaha lebuhraya. Ini dinamakan kera dihutan disusukan anak kat rumah mati kelaparan.
Seperkara lagi kerajaan seperti  berlepas tangan dengan ketirisan akibat rasuah dan penyelewengan sebanyak RM28bilion seperti yang dianggarkan berdasarkan laporan oleh ketua audit negara. Bayangkan jika RM19bilion dicampur RM4bilion dan dicampurkan lagi RM28bilion bermakna RM51bilion dibazirkan oleh kerajaan. Bayangkanlah jumlah wang yang sebanyak itu kalau diuruskan dengan bijak tentu-tentunya dapat membantu rakyat. Kenalah bijak dalam menguruskan. Bagaimana nak jaga rakyat jika perbelanjaan kerajaan sendiri tak terkawal.

Kalau rasa tak tau nak menguruskan dengan baik bagilah kepada orang yang boleh menguruskan dengan baik. Tak payahlah jadi kerajaan kalau tak mampu nak menguruskan dengan baik. Banyak dah cth dapat dilihat apabila kerajaan lebih berhemah dan telus dalam pemgurusan kewangannya dimana hasil daripada kekayaan negeri di pulang dalam bentuk bantuan kebajikan oleh kerajaan yang memerintah. Apa pun x bolehlah BN ni....
KISS (Keep it simple ST**ID).
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger