Home » , » Notis sepina kepada 7 org saksi pembelaan.

Notis sepina kepada 7 org saksi pembelaan.

                                           Video ni memang tak de kena mengena pun.keh.keh.keh


Salam.
Aku cuma nak berkongsi tentang satu artikel yang aku jumpa ni. Hanya untuk sebaran sahaja. Berkenaan dengan kes liwat II yang sedang berlangsung.




KUALA LUMPUR 23 Ogos - Pasukan peguambela perbicaraan kes fitnah liwat II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil keputusan mengemukakan notis sepina kepada tujuh orang saksi termasuk Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor. Antara lain termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Mohd Rodhwan Mohd Yusof.

Peguambela Karpal Singh memaklumkan kepada media bahawa perintah mahkamah itu telah dikeluarkan Jumaat lalu. Katanya pihaknya turut memohon sepina dikeluarkan kepada doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, Jururawat Yazihan Jusoh dan seorang pembantu rumah dari Indonesia yang dikenali sebagai 'Suliati'.

Najib dan Rosmah sebelum ini hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk ditemuramah pasukan pegumabela. Pada sesi tersebut mereka menyatakan keengganan untuk memberi keterangan sebagai saksi dan perkara yang sama dilakukan oleh Musa dan Mohd Rodwan.

Karpal yakin kesemua mereka akan hadir ke mahkamah dan sekiranya enggan waran tangkap akan dikeluarkan terhadap mereka. Sementara itu, Anwar menyatakan keputusannya untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh adalah disebabkan ketidakyakinan beliau terhadap proses undang- undang akan berlangsung secara adil. Katanya, integriti perbicaraan yang kini masuk ke peringkat membela diri masih dipertikaikan termasuk keputusan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah yang sering dilihat mengabaikan prosiding mahkamah.

"Saya harap hakim mempertimbangkan kerana ianya kenyataan utama. Saya melihat tidak ada sebab untuk berserah kepada sistem melainkan dikeluarkan secara paksa. "Pandangan saya pada prosiding mahkamah, konspirasi oleh Perdana Menteri dan isterinya, membuktikan yang diubahsuai dan penaklukan media. Jadi ianya jelas merupakan satu kelemahan warganegara terhadap kuasa pemerintah," ujar beliau semalam.

[Pada tahun 1998, peguam Anwar pernah membuat cubaan untuk membawa Tun Mahathir Mohamed yang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada ketika itu ke mahkamah untuk memberi keterangan.

Walau bagaimanapun permintaan tersebut diketepikan oleh hakim sendiri dengan alasan bahawa Mahathir bukan seorang saksi yang penting. Dalam pada itu, Pakar forensik dan ahli patologi, Dr David Wells dan pakar DNA, Dr Brian Mc Donald akan mengambil tempat di kandang saksi esok, memberi keterangan diikuti dengan doktor Hospital Pusrawi, Mohd Osman Abdul Hamid. Mahkamah bersambung jam 9 pagi ini.

Soalnya sekarang apakah adengan yang sama terhadap Mahathir bakal disaksikan dalam kes kali ini. Jika mereka semua dikhabarkan bukan saksi penting maka akan pincanglah sistem kehakiman dan undang-undang di negara kita sebenarnya. Rasioanalnya, kesemua mereka disebut oleh Saiful sendiri sebagai individu yang telah bertemu dengan beliau sebelum dia membuat laporan polis mengatakan telah diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dulu.

SUMBER : PAHANG DAILY ONLINE
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger