Tak ada kawan dan lawan yang abadi, yang ada hanyalah kepentingan abadi, kepentingan peribadi dan kepentingan golongan. Kepentingan sesaat dan kepentingan jangka panjang !
Jika kita terus-terusan membiarkan minda kita dikawal kita hanya akan takut dgn bayang2 sendiri aje.
Tetapi apa yang lebih menyedihkan, kita sengaja menidakkan kebenaran dan mengagongkan kemungkaran yang di buat oleh pemimpin tertentu seolah-olah kita telah membutakan mata, memekakkan telinga dan hanya pandai mengeluarkan kata-kata nista dan fitnah untuk mengaibkan dan memalukan mereka. Tetapi dalam masa yang sama memuji kemungkaran yang pemimpin tertentu lakukan.
Adakah aku mahu bersama-sama segolongan yang mahukan Islam ditegakkan, hatta aku tidak mencapai... kemenangan di dunia ini...
Atau adakah aku mahu bersama-sama segolongan yang sentiasa berdalih-dalih bila disebut apa-apa tentang Islam...
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.” [Al-Qur’an: Ayat 113 Surah Hud]