Home » , » Alamak macam mana ni........Mana mau lari

Alamak macam mana ni........Mana mau lari


Salam
Isu kapal selam ni nampaknya semakin ke penghujungnya. Berbagai-bagai cara dilakukan bagi menyekat maklumat dari disampaikan sehinggakan sanggup menghalau balik peguam Perancis William Bourdon. 

Kenapa.......?
Adakah takut kerana apa yg bakal didedahkan peguam tersebut akan menghangatkan kembali isu ini.
Tapi pada akulah tindakan itu hanyalah menunjukkan sikap seperti hendak menyembunyikan sesuatu.

Kerana apa...?
Pihak polis Perancis telah Berjaya memperolehi ‘dokumen penting’ dalam siasatan berkaitan rasuah oleh DCN, kompeni gergasi senjata Perancis kepada pegawai Malaysia termasuk Perdana Menteri Najib Razak, untuk mementerai kontrak pembelian.
Najib , 58 yang merupakan Menteri Pertahanan pada ketika itu telah memeterai pembelian tersebut pada tahun 2002.
“Kita berkemungkinan akan dapat maklumat pertama berkaitan penyiasatan polis Perancis yang telah bemula sejak 18 bulan yang lalu pada bulan September. Kita tahu bahawa polis telah menemui maklumat yang penting, “ berdasarkan kenyataan yang diberi Peguam Perancis William Bourdon kepada Asia Sentinel.
 
Aku rumuskan begini
Isu yg utama ialah sejumlah 114 juta euro (RM570 juta) yang diberikan kepada firma Perimekar sebagai perjanjian sampingan hanya dianggap sebagai kontrak servis dan penyelengaraan sahaja dan umum mengetahui firma yang meragukan itu tiada langsung pengalaman dan rekod dalam industri berteknologi tinggi itu.
Begitu juga tentang perkara-perkara yg berlaku seperti misteri pembunuhan Altantuya yg dikatakan ada berkait kepada kes ini. Namum perkara tersebut masih terus menjadi misteri.

Di akhir nanti......
Apabila perbicaraan kes ini berlangsung di makhamah Perancis nanti (mungkin pada bulan Ogos @ September) Umno juga tidak mampu untuk menyelamatkan Najib. Rasanya ramai di antara pemimpin parti yang tidak sabar untuk menyaksikan berakhirnya episod pemerintahan Najib yang dipenuhi dengan kegagalan, politik kotor dan rasuah yang berleluasa. Aku pun tertunggu-tunggu juga apalah hasil daripada cerita yg misteri ini......nampaknya semakin lama semakin hampir perkara ini dibongkarkan....bak kata pepatah BANGKAI GAJAH TAK SELAMANYA DAPAT DITUTUP KELAK BAUNYA AKAN KELUAR JUGA........
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Maskolis | Johny Portal | Johny Magazine | Johny News | Johny Demosite
Copyright © 2011. Pakatan Rakyat Supporter - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website Inspired Wordpress Hack
Proudly powered by Blogger